Anugerah MCPF Balai Polis Cemerlang 2009 Bermula Semalam

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 133 balai polis di seluruh negara akan dinilai dalam usaha meningkatkan tahap perkhidmatan mereka kepada masyarakat dan bagi mengikuti program balai terbaik yang bermula semalam hingga Januari depan.

Timbalan Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Kamarudin Md Ali berkata, sebanyak dua kategori dipertandingkan dalam program itu iaitu kategori A melibatkan balai yang terletak di kawasan bandar manakala kategori B bagi balai yang terletak di kawasan luar bandar.

"Sebanyak 68 buah balai polis bagi kategori A dan 65 balai polis kategori B sudah dipilih dalam program itu.

"Sebanyak 27 pasukan pelawat yang terdiri daripada Pegawai Perpaduan Daerah, tiga Pengerusi Rukun Tetangga, dua wakil MCPF setiap negeri dan seorang pegawai polis akan menilai keduadua kategori itu dengan mengadakan lawatan ke balaibalai polis yang dipilih," katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan di Balai Polis Dang Wangi di sini hari ini.

Beliau berkata, program itu membolehkan masyarakat menilai sendiri kualiti dan perkhidmatan yang diberikan oleh anggota dan balai polis di kawasan setempat mereka berdasarkan soalan-soalan dalam borang Kit Panduan Melawat Balai Polis 2009 yang akan diletakkan di setiap balai polis terlibat.

Antara soalan yang terkandung dalam borang kit itu ialah aktiviti kemasyarakatan dan perspektif masyarakat setempat terhadap prestasi polis dalam mengatasi isu 'tempoh bertindak' kepada panggilan kecemasan, masalah sosial seperti gejala mat rempit, gangsterisme, penyalahgunaan dadah, kesesakan lalu lintas serta jenayah pecah rumah dan ragut.

"Selain sesi lawatan ke balai polis, sesi dialog antara Ketua Balai Polis dengan masyarakat setempat termasuk pasukan pelawat juga akan diadakan sebagai satu daripada aktiviti utama dalam program kali ini.

"Aktiviti seperti ini merupakan satu cara terbaik bagi keduadua pihak mengetahui masalah jenayah yang sering berlaku serta mencari jalan penyelesaian bersama," katanya.

Beliau berkata, selepas itu sebanyak 27 buah balai polis terbaik daripada 133 balai yang dinilai itu akan dibawa ke peringkat kebangsaan bagi dinilai semula untuk memilih Balai Polis Cemerlang 2009 bagi kategori A dan B.

Menurutnya, ketua balai bagi balai yang berjaya memenangi kecemerlangan itu akan berkesempatan untuk membuat lawatan sambil belajar ke sebuah balai polis di Melbourne, Australia selama dua minggu bagi mempelajari cara pengendalian sesebuah balai oleh negara maju.

Turut hadir pada lawatan itu ialah Ahli Lembaga MCPF, Datuk Christopher Wan Soo Kee, Datuk Chua Lai Huat dan Pegawai Perpaduan, Zulkifli Hashim. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan