Anggota Rela, JPAM Diambil Berkhidmat Syarikat Kawalan Keselamatan

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan diambil berkhidmat secara sambilan dengan syarikat kawalan keselamatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam berkata, langkah itu yang telah mula dilaksanakan pada tahun ini akan dilakukan secara berperingkat sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

"Keperluan kawalan keselamatan swasta ini kekurangan orang, sebelum ini, mereka mengambil pekerja asing seperti Nepal dan pada tahun lalu, kerajaan telah memberhentikan pengambilan tersebut.

"Keperluan ini boleh dipenuhi oleh anggota Rela dan JPAM dan mereka adalah anggota yang terlatih untuk mengawal keselamatan. Mereka boleh diguna sebagai pengawal keselamatan swasta dan boleh mengurangkan jenayah," katanya selepas menutup kursus pemerdagangan orang anjuran KDN dan Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) di sini hari ini.

Beliau berkata, pada masa ini, terdapat kira-kira satu juta anggota Rela dan jumlahnya dijangka meningkat kepada 2.5 juta pada akhir tahun depan dan anggota JPAM pula terdapat kira-kira 100,000 orang di seluruh negara.

Sementara itu, mengenai pengawal keselamatan yang senjata apinya meletup sehingga mencederakan dua kanak-kanak di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur baru-baru ini, Mahmood berkata, lesen syarikat kawalan keselamatan itu telah digantung serta-merta sehingga pihak kementerian berpuas hati dengan penjelasan daripada syarikat berkenaan.

Katanya pada masa yang sama, pengauditan dan siasatan dilakukan terhadap semua syarikat kawalan keselamatan yang terdapat di negara ini, iaitu kirakira 500 syarikat, dalam tempoh tiga bulan.

Menurut beliau, langkah itu yang membabitkan enam pasukan bagi enam zon iaitu di selatan, tengah, utara, timur, Sabah dan Sarawak akan memaklumkan kepada kementerian jika terdapat sebarang bentuk perlanggaran dilakukan sebelum akhir Mac depan.

"Kita akan lihat sama ada mereka mematuhi atau tidak garis panduan yang telah ditetapkan.

"Jika wujud perlanggaran, syarikat berkenaan boleh dibawa ke mahkamah dan lesen mereka juga boleh dibatalkan. Jika pengawal keselamatan itu pula lalai ketika bertugas di kawasan infrastruktur kritikal, pengawal terbabit boleh dipenjara," katanya.

Mahmood berkata, bagi kes pengawal keselamatan yang melepaskan tembakan secara tidak sengaja tetapi tidak membabitkan sebarang mangsa di sebuah premis di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pihak kementerian telah menghantar surat tunjuk sebab kepada syarikat keselamatan berkenaan.

Dalam kejadian di Kedai Tenaga Bedford milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Klang Lama itu, senapang patah milik seorang pengawal keselamatan berusia 62 tahun meletup mengakibatkan Ahmad Faiz Roslan, 12, cedera teruk di ibu jari kanan, manakala sepupunya Muhamad Faris Abdullah, 12, cedera di tapak kaki kanan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan