ADUN Slim Dakwa Senarai AJK Masjid Ditukar

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Slim, Datuk Khusairi Abdul Talib hari ini mendakwa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menukar senarai jawatankuasa beberapa masjid di negeri itu dengan memasukkan nama penyokong Pas.

"Perbuatan ini adalah tidak beretika dan membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah ," katanya.

Beliau berkata, antara masjid dalam Mukim Slim yang dikesan terlibat adalah Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Kampung Kelan, Masjid Jamek Kampung Kuala Slim, Masjid Jamek Slim Village, Masjid Jamek Kampung Balun, Masjid Jamek Kampung Pasir dan Masjid Jamek Kampung Rasau manakala dalam Mukim Hulu Bernam pula, ia melibatkan Masjid Behrang 2020, Masjid Jamek Tanjung Malim, Masjid Jamek Kampung Sungai Dara dan Masjid Jamek Behrang Stesen.

Khusairi berkata, beliau turut menerima laporan bahawa pertukaran nama itu turut melibatkan beberapa masjid dalam Parlimen Bagan Serai, Sungai Siput dan Kuala Kangsar.

Sementara itu, Pengarah JAIP, Datuk Mohamad Nor Mansor ketika dihubungi berkata, beliau telah diminta oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

"Tidak boleh komen, MAIAMP meminta saya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga ada bukti. Isnin ini baru ada keputusan dan akan dimaklumkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan