50 Klinik 1Malaysia Beroperasi Mulai Januari

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan serentak 50 klinik komuniti 1Malaysia di seluruh negara pada 7 Januari depan untuk meluaskan perkhidmatan kesihatan asas kepada rakyat bandar di akar umbi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, klinik-klinik itu akan menawarkan perkhidmatan pesakit luar yang lebih meluas dan cepat kepada rakyat, sejajar dengan konsep 1Malaysia yang mengutamakan kepentingan rakyat.

"Kita mahu memberikan perkhidmatan kesihatan yang selesa dan cepat kepada penduduk tempatan. Ia berorientasikan rakyat.

"Kita juga berharap klinik 1Malaysia ini akan mengurangkan kesesakan pesakit luar di unit kemalangan dan kecemasan," katanya selepas membuat tinjauan persediaan Klinik 1Malaysia di Kampung Kerinchi di sini, hari ini.

Upacara majlis pelancaran program oleh Najib akan diadakan di klinik di Kampung Kerinchi. Liow berkata, Klinik 1Malaysia ialah di kawasan-kawasan setempat dengan penduduk lebih daripada 10,000 yang mana ia boleh dihubungi dengan mudah oleh penduduk.

Selain di Kampung Kerinchi, kemudahan sedemikian di sekitar Wilayah Persekutuan ialah di Intan Baiduri, Kepong, Gombak Setia, Kampung Pandan dan Desa Rejang di Setapak. Klinik 1Malaysia akan beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam dan akan diuruskan oleh seorang pembantu perubatan dan seorang jururawat.

"Mereka akan merawat dan dibenarkan untuk memberi ubat untuk sakit ringan sahaja seperti deman, batuk ataupun luka ringan.

"Klinik 1Malaysia juga boleh menjadi rujukan keskes kronik ke klinikklinik ataupun hospital yang lebih besar," kata Liow.

Program klinik komuniti itu diumumkan oleh Najib dalam Bajet 2010 dengan peruntukan RM10 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan