Zaid Ibrahim & Co Tiada Hubungan Dengan Zaid

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Zaid Ibrahim & Co kini tiada lagi hubungan dengan Datuk Mohd Zaid Ibrahim, bekas pengerusi dan rakan usaha sama kanan, namun firma itu memutuskan untuk mengekalkan nama "Zaid Ibrahim & Co" memandangkan ia sudah dikenali di luar negara.

Sambil menjelaskan kedudukan Zaid dalam firma guaman itu, Pengerusinya Datuk Dr Nik Norzul Thani berkata Zaid, bekas pengerusi dan rakan usaha sama kanan itu tidak lagi memegang saham syarikat.

"Tiada. Kami dah ambil alih. Kami membeli saham. Saya kini pengerusi dan firma ini berasingan daripada Datuk Zaid Ibrahim. Alhamdulliah ramai profesional sudah faham tapi rakyat ramai mungkin keliru."

"Tetapi profesional sudah faham dan kami dapat bekerja macam biasa. Itu sebab kami terus wujud. Mula-mula kena jelaskan dan kami buat sidang media sebelum ini, dan sekarang ramai dah faham."

"Hari ini orang sudah mengetahui perbezaan antara Datuk Zaid dan Zaid Ibrahim & Co."

Beliau diminta mengulas kedudukan Zaid dalam firma guaman oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed yang menghadiri sambutan peluasan Zaid Ibrahim & Co di Australia, di sini.

Mustapa sebelum itu ditanya mengapa beliau menghadiri majlis terbabit memandangkan firma itu berkaitan Zaid, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya menyertai parti pembangkang.

Zaid Ibrahim diberikan portfolio undang-undang semasa dilantik menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Mac 2008 namun meletak jawatan pada September tahun yang sama selepas mengkritik penahan Teresa Kok, Anggota Parlimen DAP, penulis blog, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan, Tan Hoon Cheng mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Dr Nik berkata: "Di Amerika Syarikat, Michael Bloomberg ialah Datuk Bandar New York manakala Bloomberg, sebagai sebuah peniagaan, kekal sebagai Bloomberg." Bloomberg ialah pengasas Bloomberg L.P, syarikat perkhidmatan perisian kewangan.

"Zaid Ibrahim & Co ialah sebuah firma manakala Zaid seorang individu," katanya.

Setakat ini tiada kesan sebab kami profesional dan kami bekerja sebagai profesional. Kami peguam dan tiada kaitan dengan politik."

"Apa Zaid buat, kami tidak boleh komen. Itu hak dia sebagai individu. Dia dah bersara dari firma kami." Zaid meletak jawatan sebagai pengerusi dan rakan usaha sama kanan Zaid Ibrahim & Co, serta melepaskan semua pemegangannya dalam firma guaman ini susulan pelantikannya sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Mac 2008.

Zaid Ibrahim & Co diasaskan oleh Zaid pada 1987 dan berkembang menjadi firma guaman terbesar di Malaysia dengan lebih 140 peguam, - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan