UPP Rampas Beras Seludup Bernilai RM70,000

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RANTAU PANJANG: Pasukan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kelantan berjaya merampas 20,500 kilogram beras seludup bernilai kira-kira RM70,000 dalam dua serbuan di kawasan Pasir Mas dan Kuala Krai dalam tempoh seminggu lalu.

Komander UPP Kelantan, Mazlan Che Hamid berkata, Ahad lepas pihaknya merampas 12,500 kilogram beras bernilai kira-kira RM40,000 yang ditinggalkan di dalam sebuah stor tidak berlesen di Kampung Perah Slow Machang, Pasir Mas.

"Rampasan itu dibuat hasil maklumat awam dan risikan anggota UPP pada kira-kira jam 5.45 petang. Kami percaya stor itu dijadikan transit bagi mengumpul beras seludup dari negara jiran sebelum dibawa keluar menggunakan kenderaan lain," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, ketika intipan dibuat, sekumpulan pemuda didapati memunggah beras berkenaan ke dalam stor, dan mereka terus bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota UPP.

Sementara itu, dalam kes terbaru Jumaat lepas Mazlan berkata, pihaknya merampas 8,000 kilogram beras selepas memeriksa sebuah lori di sebuah stesen minyak di Kuala Krai.

Beliau berkata, pemandu dan kelindan lori itu bagaimanapun sempat melarikan diri, dan nilai beras yang dirampas dianggarkan kira-kira RM30,000, dipercayai untuk dipasarkan ke Kuala Lumpur.

Menurutnya semua beras yang dirampas itu akan diserahkan kepada Unit Kawal Selia Padi Dan Beras untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan