Unit Pertama Tren Elektrik Tiba Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren elektrik untuk perjalanan Ipoh-Kuala Lumpur-Seremban dijadualkan bermula April depan dengan ketibaan unit pertama set tren elektrik (ETs) dari Korea Selatan di sini, hari ini.

Unit tren elektrik serba moden itu yang dibekalkan oleh CMK Konsortium dengan kerjasama Hyundai Rotem dari Korea Selatan dan Mitsubishi Electric Corporation (Melco) dari Jepun, merupakan unit pertama daripada lima yang telah ditempah untuk perkhidmatan tersebut, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau berkata, tren terpantas itu yang pernah dimiliki oleh KTM Berhad dengan kelajuan maksimum 140 kilometer sejam akan memendekkan tempoh perjalanan antara Ipoh dan Kuala Lumpur kepada satu jam 55 minit berbanding pada masa ini, dua jam 50 minit dengan perkhidmatan shuttle Ipoh-Kuala Lumpur.

"Sementara itu, empat lagi set (ETs) dijangka diperoleh secara berperingkat sehingga Februari tahun hadapan," katanya pada majlis ketibaan tren itu di Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Ong berkata, perkhidmatan tren ETs itu akan beroperasi antara Ipoh-Seremban-Ipoh dengan jangkaan waktu perjalanan sehala kurang dari tiga jam dan berhenti di stesen-stesen utama yang akan ditentukan kelak.

Setiap unit tren itu, yang dilengkapi kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) di setiap gerabak bagi mengawasi keselamatan penumpang, koc buffet, skrin LCD, soket elektrik serta kemudahan tandas, terdiri daripada enam gerabak keretapi yang boleh memuatkan seramai 350 penumpang pada satu-satu perjalanan, kata Ong.

Beliau berkata, kemudahan tren tersebut turut menampung keperluan penumpang kurang upaya (OKU), di mana kemudahan tandas serta ruang tempat duduk khas, turut disediakan. "Tren ini juga akan dilengkapi dengan pramugari bagi membantu pengguna ETs dan temuduga untuk jawatan itu kini diadakan secara terbuka di Stesen Kuala Lumpur," katanya.

Ong juga berkata, beliau difahamkan perkhidmatan ETs akan beroperai secara berasingan dan akan dikendalikan oleh anak syarikat milik penuh KTM Berhad.

"Semoga dengan langkah tersebut perkhidmatan ETs ini akan mampu beroperasi secara total dan akan membantu memenuhi aspirasi kerajaan dalam membudayakan penggunaan pengangkutan awam," katanya.

Beliau juga berharap dengan penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam, lebih ramai penduduk terutama di Lembah Klang akan menggunakannya dan misi utama di bawah NKRA (National Key Result Area) iaitu memastikan 25 peratus penduduk Lembah Klang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam menjelang akhir 2012 akan tercapai.

"Kini baru 12 peratus penduduk iaitu seramai 240,000 orang awam menggunakan perkhidmatan awam, dengan perkiraan 25 peratus, kita menjangkakan 600,000 orang awam akan menggunakan perkhidmatan awam," katanya.

Tren elektrik itu turut dipamerkan kepada orang ramai di Stesen Keretapi Kuala Lumpur hari dan esok dari pukul 9 pagi hingga 5 petang untuk tujuan mendapatkan maklum balas dari orang ramai. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan