Teknologi Hijau Dan Bersih Hala Tuju Industri Automotif

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Teknologi Hijau dan Bersih merupakan hala tuju untuk industri automotif, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, pelaburan lebih besar perlu dibuat bagi membangunkan teknologi hijau dan bersih untuk kenderaan pada masa akan datang.

"Penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu dipertingkat. Mungkin syarikat Malaysia boleh bekerjasama dengan universiti dalam R&D dan menjadi pemimpin dalam membangunkan teknologi hijau dan bersih untuk industri automotif," kata Muhyiddin dalam ucapan pada Anugerah Tahunan Kereta New Straits Times/Maybank 2009 semalam.

Selari dengan komitmen kerajaan terhadap konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Dasar Automotif Nasional (DAN), menurut Muhyiddin memberi manfaat lanjut kepada pengguna dari segi keselamatan jalan dan perlindungan alam sekitar, menawarkan tenologi yang selamat dan mesra alam serta kenderaan yang lebih canggih.

Kajian itu juga menyediakan manfaat besar untuk syarikat kereta dan menyokong vendor yang melabur dalam pengeluaran kenderaan hibrid dan elektrik serta komponen.

"Bagi menyokong pembangunan teknologi hijau, komponen yang mendapat manfaat menerusi kajian semula itu termasuk ion lithium berteknologi tinggi atau bateri polimer lithium untuk kenderaan hibrid dan elektrik, sistem suwa pek bateri selain pelbagai teknologi baharu yang akan melonjakkan sokongan terhadap teknologi automotif alternatif," katanya.

Industri automotif katanya perlu disinergikan dan dicegaskan.

Muhyiddin turut menekankan isu kereta import terpakai.

"Walaupun kereta terpakai memenuhi keperluan, kita mengambil kira amalan pengimport yang menyalahgunakan permit menerusi pengisytiharan di bawah nilai kereta import terpakai," katanya.

Amalan ini katanya menjejaskan pemilik jenama sah dan ia akan dihentikan mulai 1 Januari tahun depan menerusi pelaksanakan harga rizab kenderaan import terpakai.

Kerajaan kata Muhyiddin meminta MOSTI segera merangka pelan tindakan untuk penguatkuasaan standard mandatori untuk produk automotif.

"Ia termasuk standard penggunaan dan kecekapan bahan api," katanya.

Ini kata Timbalan Perdana Menteri penting memandangkan wujud kebimbangan global terhadap pelepasan karbon dan kelestarian.

"Pengenalan dan penguatkuasaan standard mandatori secara beransur-ansur untuk peroduk automotif diharap menggalakkan lebih banyak generasi pembuat kereta baharu dari China," katanya.

Muhyiddin berkata beberapa dadar sudah diselaraskan, seperti pembekuan lesen pengeluaran baharu untuk membina semula trak serta pemansuhan permit import (AP) terbuka menjelang 2015 dan AP francais menjelang 2020.

Sementara itu, Peugeot 308 Turbo baharu dipilih sebagai pemenang keseluruhan New Straits Time/Maybank 2009.

Harganya yang kompetitif dan kualiti binaan merupakan faktor utama kemenangannya.

Berharga RM113,888 atas jalan dengan insurans, 308 Turbo menggunakan komponen import dari Perancis.

Dua tokoh permotoran dipilih memenangi anugerah Tokoh Automotif 2009.

Mereka ialah Datuk Dr Ang Bon Beng, Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor dan Datuk Syed Abdull Hafiz, Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan