Suami Isteri Antara Tiga Terbunuh Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Tiga terbunuh termasuk sepasang suami isteri dalam dua kejadian kemalangan jalan raya berasingan, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, dalam kejadian pertama, sepasang suami isteri terbunuh selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Ipoh-Sungai Siput dekat sini.

Beliau berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian kira-kira jam 6.55 petang itu dikenali sebagai Nor Anizan Mohd Daud, 56, dan isterinya Masriah Ahmad, 48, yang membonceng motosikal.

Menurutnya, Nor Anizan yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sungai Siput, manakala isterinya yang juga cedera di kepala meninggal dunia di hospital berkenaan kira-kira jam 8.20 malam tadi.

"Kejadian berlaku semasa pasangan yang berasal dari Rimba Panjang, Kanthan, Sungai Siput itu dalam perjalanan menuju ke pasar malam, apabila motosikal mereka dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Azisman berkata, siasatan awal polis mendapati pemandu kereta itu dikatakan cuba memotong sebuah kereta di hadapannya tetapi gagal lalu merempuh pasangan berkenaan, dan menurutnya polis menahan pemandu berusia 20 tahun itu untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam kejadian di Jalan Ipoh-Cameron Highlands dekat Simpang Pulai, malam tadi, seorang penunggang motosikal terbunuh selepas beliau merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di tepi jalan.

Menurut Azisman, Mohd Hasrol Zakuan Zakaria, 20, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kejadian berlaku semasa Mohd Hasrol yang berasal dari Kampung Tanjung Tambahan, Simpang Pulai dalam perjalanan pulang kerumahnya selepas membeli kad telefon tambah nilai disebuah kedai di Simpang Pulai.

Menurut beliau, pemandu lori itu berhenti di tepi jalan kerana hendak membeli minuman di sebuah gerai berhampiran.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan