Penjualan Petrol, Diesel Dihadkan Di Sempadan

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Larangan penjualan petrol dan diesel melebihi 20 liter kepada kenderaan asing di stesen minyak yang terletak dalam lingkungan 50 kilometer dari pintu sempadan negara akan berkuatkuasa esok.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan yang bertujuan membendung kegiatan penyeludupan dan pembelian luar biasa di sempadan itu dijangka berterusan sehingga mekanisme baru sistem pengurusan subsidi minyak untuk rakyat dimulakan Mei tahun depan.

"Arahan telah pun dikeluarkan kepada semua stesen minyak di kawasan sempadan dan notis kepada pengguna kenderaan berdaftar asing juga akan dikeluarkan untuk memberitahu mereka mengenai larangan had jualan minyak ini kepada mereka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata, arahan itu hanya membenarkan kenderaan asing dari Singapura yang ingin melintasi sempadan untuk balik ke negara asal mempunyai muatan tangki melebihi 20 liter kerana Singapura sudah mempunyai polisi tiga perempat tangki.

"Untuk kenderaan berdaftar Singapura yang menyeberangi sempadan, mereka tidak dikenakan peraturan 20 liter dalam tangki kerana di Singapura sudah ada polisi iaitu kenderaan yang keluar daripada Singapura mesti ada tiga suku tangki.

"Walaubagaimanapun kalau mereka nak tambah isi, katakan mereka sudah isi tiga suku tangki di Singapura dan bila sampai ke Johor (minyak) dah sampai separuh, kalau mereka nak isi sekali pun mesti tak lebih daripada 20 liter kerana stesen diarahkan untuk tidak mengisi lebih daripada 20 liter," katanya.

Ismail Sabri berkata, kementerian itu akan menempatkan kakitangannya di stesen minyak yang beroperasi di sempadan negara bagi memantau keadaan.

"Terdapat lebih 493 stesen minyak di sempadan negara, jadi kita akan tempatkan pegawai kita di tempat-tempat ini dan mana-mana stesen minyak yang didapati menjual minyak berlebihan dan melanggar peraturan ini kita akan mengambil tindakan keras.

"Pegawai kita juga akan dibekalkan dengan carta jumlah minyak berdasarkan kereta, contohnya kalau Toyota Camry, 20 liter itu bersamaan dengan satu perempat tangki, kalau Nissan Sentra lebih kurang satu pertiga tangki dan Honda Civic satu pertiga tangki," katanya.

Beliau berkata di bawah Akta Kawalan Bekalan 1974, manamana individu yang melanggar peraturan itu boleh dikenakan denda sebanyak RM100,000 atau tiga tahun penjara atau keduaduanya sekali dan bagi syarikat (stesen minyak) boleh didenda RM250,000 serta boleh ditarik balik lesen.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan