PDRM, Polis Thai Jalin Kerjasama Siasat Penemuan Bom

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan polis Thailand bagi menjalankan siasatan berhubung penemuan sejumlah bahan letupan buatan sendiri di Kampung Gebeng, Pasir Mas, Kelantan semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga turut mengesahkan ada tangkapan yang dibuat namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Beliau bagaimanapun berkata, ianya terlalu awal untuk mengaitkan penemuan bom itu dengan mana-mana kumpulan pengganas memandangkan siasatan sedang dijalankan.

"PDRM serius dalam membanteras apa sahaja jenayah yang boleh mengancam negara dan kini kita sedang menjalankan siasatan bersama 'Jabatan Pasukan Petugas Khas/Counter Terrorism' PDRM," katanya selepas majlis penyerahan cek RM100,000 dari Henikwon Corporation Sdn Bhd kepada PDRM, di sini hari ini.

Menyentuh mengenai lima bayi yang berumur antara dua minggu dan sembilan bulan yang diselamatkan dari sindiket penjualan bayi baru-baru ini, Musa berkata, kesemua bayi itu kini berada di bawah pengawasan hospital, dan dalam keadaan sihat.

"Kita bagaimanapun tidak boleh mendedahkan gambar bayi tersebut," katanya menjawab soalan wartawan yang ingin mendapatkan gambar bayi-bayi itu.

Dalam majlis tersebut, syarikat industri elektrikal tersebut menyumbangkan RM100,000 kepada PDRM sebagai biasiswa kepada anak-anak anggota dan pegawai polis yang hendak menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Sumbangan diserahkan oleh Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Henikwon, Datuk Bryce B H Kwon. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan