Malaysia Sedia Bantu Masyarakat Islam Di Selatan Thailand

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia sedia memberi bantuan kepada masyarakat Islam di Selatan Thailand demi memastikan keamanan tercapai di wilayah bergolak itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom hari ini.

Beliau berkata, lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Thailand untuk bertemu Perdana Menteri negara itu, Abhisit Vejjajiva baru-baru ini sangat signifikan ke arah melaksanakan usaha itu selain memastikan hubungan baik sentiasa terjalin antara dua negara.

"Kewujudan jaringan perniagaan di sempadan Malaysia dan Thailand membuktikan bahawa masyarakat dua negara memerlukan antara satu sama lain, maka dengan itu kestabilan politik, keselamatan dan ekonomi sangat penting kerana ia secara langsung tidak akan menjejaskan Malaysia dan negara-negara Asean lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Laluan Haji Rantau Asia sempena sambutan Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam 2009 di sini.

Simposium anjuran Arkib Negara dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) itu berlangsung selama dua hari di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini. Kira-kira 300 peserta terdiri daripada ahli akademik, penjawat awam, penuntut institusi awam dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan peserta dari negara anggota ISESCO menghadiri simposium itu.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, simposium dua hari itu dapat meneroka dan mengkaji dimensi budaya, sejarah, geografi dan ekonomi yang dilalui oleh masyarakat Islam ketika menunaikan fardu haji di Tanah Suci Mekah.

Sebanyak 28 kertas kerja akan dibentangkan oleh para ahli akademik tempatan dan luar negara termasuk Indonesia, Jordan, Arab Saudi, Iraq, Emiriah Arab Bersatu, Bangladesh dan Thailand, katanya.

Simposium itu dapat mewujudkan perkongsian maklumat dan percambahan fikiran antara negara anggota ISESCO khususnya berkaitan dengan menunaikan fardu haji dan pada masa yang sama ia dapat menambah maklumat mengenai haji untuk koleksi Arkib Negara, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan