LZS Kutip Hampir RM200 Juta Zakat Hingga November

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengutip hampir RM200 juta zakat sehingga bulan lepas dan yakin mampu mencapai sasaran kutipan bagi tahun ini iaitu RM235 juta, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Beliau berkata, jumlah itu mampu dicapai kerana berdasarkan rekod, ramai pembayar akan menunaikan zakat terutamanya zakat perniagaan menjelang hujung bulan ini, sebelum tamat tahun kewangan 2009.

"Setakat ini LZS telah mengumpul RM199 juta dan jumlah itu semakin bertambah sejak awal bulan ini di mana saya percaya kita mampu mencapai sasaran kita yang masih berbaki kirakira RM36 juta," katanya kepada pemberita selepas majlis penerimaan zakat perniagaan daripada 21 syarikat bernilai RM4 juta di sini hari ini.

Mohamad Adzib berkata, pada tahun lepas LZS berjaya mengumpul kutipan keseluruhan zakat sebanyak RM244.4 juta.

Katanya LZS juga memperuntukkan sebanyak RM12.54 juta bagi bantuan pendidikan kepada anakanak asnaf fakir miskin di negeri itu bagi sesi persekolahan 2010 membabitkan kira-kira 34,787 orang pelajar dari peringkat menengah dan rendah.

"Bantuan itu merangkumi wang tunai bagi bayaran yuran persekolahan dan keperluan peralatan sekolah," katanya.

Mohamad Adzib berkata bagi keperluan peralatan sekolah setiap pelajar akan menerima RM200 manakala bantuan yuran persekolahan mengikut peringkat persekolahan iaitu tadika menerima RM100, sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah agama (RM150) serta sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah agama masing-masing menerima RM250.

Antara syarikat yang membayar zakat berkenaan pada majlis itu ialah Malaysia Aiports Holding Berhad (MAHB), Sirim QAS International Sdn Bhd, Proton City Development Corporation, Malaysia Electronic Payment Systems dan Felcra Berhad.

Pada majlis sama, Mohamad Adzib turut menyampaikan bantuan agihan zakat bernilai RM107,000 kepada dua masjid di Klang dan Subang Bestari serta dua pesakit barah dan jantung.

Beliau turut melancarkan aplikasi eZakat Pay iaitu pembayaran zakat secara dalam talian di www.ezakat.com.my bagi memudahkan orang ramai.

eZakat Pay merupakan satu transaksi kewangan dalam talian yang menghubungkan antara bankbank dalam urusan pembayaran zakat kepada LZS dan sehingga kini enam buah bank utama seperti Public Bank, Bank Islam, Maybank, Bumiputera Commerce bolah menerima pembayaran ini.

"Masyarakat tidak perlu ragu tentang hukum menggunakan kemudahan ini kerana kaedah ini telah mendapat kelulusan daripada Majlis Fatwa Negeri Selangor," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan