Kementerian Sedia Hadapi Gelombang Kedua H1N1

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan kini bersiap sedia menghadapi gelombang kedua wabak Influenza A (H1N1), kata Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata. bagi menghadapi gelombong kedua ini, kementerian telah memberi penekanan kepada tiga aspek iaitu meningkatkan pemantauan terhadap H1N1 di semua negeri, meningkatkan rawatan di semua hospital serta memperhebatkan lagi kempen mengenai H1N1.

"Bagi gelombang kedua H1N1, kita mengambil tiga langkah utama iaitu pertama tingkatkan pemantauan di akar umbi, di semua negeri dan daerah, kedua, kita akan tingkatkan rawatan kita di hospital di mana semua bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) dilengkapkan dengan peralatan yang penting untuk mengubati H1N1 dan kita juga akan tingkatkan bekalan ubat-ubatan untuk memastikan kita bersedia sekiranya ada gelombang kedua H1N1.

"Langkah ketiga ialah memastikan komunikasi kita seperti media dan kempen kita diperhebatkan lagi untuk membolehkan orang ramai sentiasa berhati-hati," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Liow juga turut menegaskan supaya langkah pencegahan terhadap H1N1 perlu dijalankan secara berterusan dan mengingatkan orang ramai supaya tidak terleka.

"Jangan ambil mudah bahawa H1N1 tak ada lagi, maka langkah berhati-hati tidak diteruskan. Semua kena berhati-hati kerana wabak ini masih lagi hebat di China, Hong Kong, Eropah dan Amerika Syarikat," katanya.

Selain itu, beliau berkata, sejak kempen kesedaran mengenai H1N1 dijalankan bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO), klinik swasta dan orang ramai, kadar penularan wabak tersebut dilihat menurun.

"Kempen kawalan kita berkesan dan rakyat kita memberi maklum balas yang positif kepada nasihat Kementerian Kesihatan untuk menjaga kesihatan diri dan persekitaran dalam memastikan wabak ini tidak menular," katanya.

Liow juga menegaskan bahawa sistem pengimbas suhu di semua pintu masuk negara masih dikekalkan.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan