Kekurangan Bakat Sains Akan Diatasi : Najib

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan berusaha sedaya upaya mengatasi kekurangan bakat dalam bidang sains di negara ini dan akan menyediakan bantuan sewajarnya untuk penyelidikan oleh universiti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, Malaysia memerlukan lebih ramai saintis, penyelidik dan peneroka dalam sektor sains dan teknologi.

"Daripada segi tenaga manusia, Malaysia kini mencapai hanya 18 peratus daripada sasaran Rancangan Malaysia Ke sembilan (RMK-9) untuk melahirkan 60 penyelidik, saintis dan jurutera bagi setiap 10,000 tenaga kerja," katanya dalam satu perutusan dalam buku cenderahati sempena majlis penyampaian hadiah Yayasan Sains Toray Malaysia (MTSF) hari ini.

Najib berkata, pengorbanan dan masa bertugas yang panjang saintis dan penyelidik perlu mendapat sokongan badan awam dan swasta.

Katanya, kerajaan berharap lebih ramai rakyat Malaysia menjadi lebih mahir dan mempunyai kekuatan minda untuk berdepan dengan cabaran masa depan. Perdana Menteri berkata, untuk membangunkan ekonomi yang dijana oleh ilmu, tumpuan akan diberi kepada program pembangunan yang diasaskan kepada teknologi, inovasi dan penemuan.

Hadiah MSTF diperkenalkan pada 1993 oleh syarikat Jepun, Toray Industries, untuk membantu memajukan bidang sains dan teknologi di Malaysia.

Hadiah tahun ini dimenangi Prof Dr Ong Seng Huat dan Prof Dr Tan Nget Hong, kedua-duanya dari Universiti Malaya (UM), yang masing-masingnnya menerima RM30,000 daripada Pengerusi MTSF, Tan Sri Law Hieng Ding.

Prof Dr Ong, ketua Institut Sains Matematik, mendapat pengiktirafan kerana penyelidikannya mengenai analisis imej dan model stokastik, manakala Prof Dr Tan daripada Jabatan Perubatan Molekular, diiktiraf kerana penyelidikannya mengenai bisa ular, protein dan pendidikan perubatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan