Isteri Menteri Kesihatan Beri Keterangan Kepada SPRM - Berita Semasa | mStar

Isteri Menteri Kesihatan Beri Keterangan Kepada SPRM

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Isteri Menteri Kesihatan, Datin Seri Lee Su Loo hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan menerima hadiah sebuah kereta mewah.

Lee dipercayai tiba di SPRM kira-kira jam 10 pagi untuk memberi keterangan selama hampir empat jam, kemudian meninggalkan SPRM kira-kira jam 2 petang.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Laporan sebuah artikel yang disiarkan dalam sebuah laman web pada 14 Oktober lalu menyebut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menghadiahkan sebuah kereta Toyota Alphard berharga hampir RM600,000 kepada isterinya sebagai hadiah hari jadi pada Januari lalu.

Artikel itu menggambarkan pembelian kereta mewah itu dibiayai oleh sebuah syarikat yang selalu memenangi senarai tender kementerian tersebut dan didakwa membayar wang pendahuluan kereta itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan