First Dairy Farm Terpaksa Buang Susu, Rugi Lebih RM200,000

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah Urusan syarikat tenusu, First Dairy Farm (M) Sdn Bhd, Datuk Muhammad Alwi Abdullah (kiri) membuang 13,500 liter susu lembu ke satu lubang yang digali sambil diperhatikan sebahagian pekerjanya di ladang syarikat itu hari ini. Beliau berbuat demikian berikutan susu segar keluaran ladangnya tidak diterima oleh dua pengeluar produk tenusu terkenal negara ini atas alasan rosak dan dicemari bakteria. Bagaimanapun beliau menyangkal dakwaan itu setelah melakukan beberapa siri ujian yang mendapati susu itu masih elok. -- fotoBERNAMA

MUADZAM SHAH: Pengarah Urusan syarikat tenusu, First Dairy Farm (M) Sdn Bhd, Datuk Muhammad Alwi Abdullah tidak terdaya membendung air matanya selepas melihat produk keluarannya terpaksa dibuang begitu saja.

Muhammad Alwi berkata, beliau terpaksa berbuat demikian selepas susu segar keluaran 380 ekor lembu di ladangnya tidak diterima oleh dua syarikat pengeluar produk tenusu terkenal di negara ini atas alasan rosak dan dicemari bakteria.

"Selepas produk kami ditolak, kami melakukan beberapa ujian dan mendapati susu ini masih elok," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dakwanya, sejak dua bulan lepas, sebanyak 91,500 liter susu lembu segar dengan nilai RM228,750 terpaksa dibuang. Katanya, kira-kira 19,000 liter susu yang masih berada dalam tangki simpanan di ladangnya di KM 81, Jalan KuantanSegamat juga mungkin mengalami nasib yang sama sekiranya ditolak syarikat pengeluar tersebut.

Muhammad Alwi berkata, sejak ladang ternakan itu dibuka satu setengah tahun lepas, ini pertama kali produk keluarannya ditolak.

"Kita telah mengadakan pertemuan dengan mereka (syarikat pengeluar), tetapi mereka mahu kita menurunkan harga. Namun kita tidak berupaya berbuat demikian kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi selain membayar upah pekerja dan pelatih usahawan," katanya.

Justeru dakwanya, syarikat pengeluar terbabit kini lebih berminat untuk mengambil produk susu dari luar negara terutama Australia dan New Zealand.

Sehubungan itu, beliau memohon supaya kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggubal dasar menghadkan import produk tenusu luar negara bagi membantu industri tenusu tempatan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan