Dewan Rakyat Tubuh Jawatankuasa Siasat Aduan Wee Choo Keong

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul tanpa bahas untuk menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat aduan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berhubung satu perbuatan menghina majlis yang didakwa berlaku di lobi Parlimen pada 7 Disember lepas.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan itu selepas majoriti Ahli Parlimen bersetuju bahawa usul yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz itu tidak dibahas.

Pada 8 Disember lepas, Wee mendakwa dimarahi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah selepas beliau mendedahkan campur tangan Shafie dalam urusan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada sesi perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat.

Melalui usul itu, Mohamed Nazri mencadangkan agar jawatankuasa itu ditubuh bagi membolehkan tindakan yang sesuai diambil berhubung perkara itu mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Beliau berkata, mengikut Peraturan Mesyuarat 80A, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, majlis telah mengambil ketetapan untuk menubuhkan jawatankuasa berkenaan.

Mohamed Nazri turut mencadangkan agar jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Pandikar Amin dan Datuk Ronald Kiandee sebagai timbalannya.

Selain itu, tujuh nama lain dicadangkan sebagai anggota jawatankuasa berkenaan iaitu Datuk Seri Tiong King Sing (BN Bintulu), Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN Alor Gajah), Nancy Shukri (BN Batang Sadong), R. Sivarasa (PKR Subang), Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur) dan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS Tumpat). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan