Ada Penulis Blog Tidak Beretika: Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ada antara penulis blog menulis tanpa mengikut peraturan dan etika kewartawanan untuk meraih populariti berbanding wartawan tempatan yang berpegang kepada etika penulisan yang betul.

"Kita ada etika dan mereka tidak ada dan tidak mengamalkan etika kewartawanan.

"Inilah yang membezakan kita dengan mereka," katanya pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Kewartawanan Kawat ExxonMobil 2009 di sini, malam tadi.

Hishamuddin berkata, wartawan di negara ini tidak perlu bimbang kerana selagi laporan yang dibuat berpegang kepada etika kewartawanan, ia akan diterima baik oleh masyarakat.

Katanya, tidak mungkin wartawan yang berada di atas dasar yang benar akan dihukum dan tidak mungkin yang menabur fitnah akan berjaya.

Pada majlis itu, dua wartawan sambilan Bernama Terengganu iaitu Wan Affandi Wan Mahadi (BernamaTV) memenangi tempat kedua kategori audio visual terbaik dan Ibrahim Abu Bakar memenangi tempat ketiga kategori penulisan berita sukan terbaik.

Masing-masing memenangi wang tunai RM1,000 dan RM750. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan