41 Kekosongan Hakim Di Mahkamah Tinggi, Rayuan Dan Persekutuan

Diterbitkan: Selasa, 15 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa terdapat 41 kekosongan bagi jawatan hakim di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Beliau berkata, setakat 1 Disember 2009, terdapat dua kekosongan di Mahkamah Persekutuan, 11 tempat di Mahkamah Rayuan, 20 bagi Mahkamah Tinggi di Semenanjung serta lapan bagi Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.

"Beberapa tindakan telah diambil bagi mengisi kekosongan tersebut. Enam Hakim Mahkamah Rayuan akan dilantik dalam masa terdekat dan beberapa nama telah dikemukakan," katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat dasar di Parlimen di sini.

Selain itu, Mohamed Nazri berkata seramai 51 Pesuruhjaya Kehakiman juga telah dilantik bagi mengatasi masalah kekosongan Hakim Mahkamah Tinggi di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan