Umno Lancar Program Juara Rakyat Bermula Januari Depan

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Umno akan melancarkan program raksasa "Umno Juara Rakyat" bermula bulan depan sebagai gerakan baru memenangi hati para pengundi Melayu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata program itu akan merangkumi bidang ekonomi, sosial, pendidikan, belia dan sebagainya supaya Umno dilihat lebih semarak dan bertenaga.

"Gerakan yang baru ini merupakan satu program transformasi Umno untuk mendekati masyarakat hingga ke peringkat akar umbi," katanya ketika berucap sempena majlis perasmian perhimpunan agung tahunan ketiga Majlis Veteran Umno Malaysia di Ayer Keroh, di sini malam semalam.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Timbalan Pengerusi Majlis Veteran Umno Zahid Sirat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan program itu yang akan berterusan sehingga pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Pada masa yang sama, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno turut mengajak anggota veteran Umno sama-sama terlibat dalam program itu kerana semangat mereka masih diperlukan dan diiktiraf.

Beliau berkata pilihan raya umum lepas mencatatkan trend mengundi masyarakat Melayu yang tidak lagi berpihak kepada Umno dan berpecah kepada mengundi parti pembangkang.

Sementara itu, Muhyiddin menyifatkan tindakan pembangkang yang memainkan sentimen mencabar Kedaulatan Melayu dalam menarik perhatian masyarakat kepada mereka sebagai tidak sesuai dengan perlembagaan negara ini.

"Kita menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi berlandaskan kepada perlembagaan kita sendiri," katanya.

Beliau tidak mahu pemimpin parti pembangkang memainkan isu itu yang sensitif kepada masyarakat Melayu. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan