Status Bangsa: Pelbagai Faktor Dan Keperluan Dikaji Sebelum Mansuh

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini diberitahu beberapa faktor dan keperluan diambil kira sebelum keputusan dibuat sama ada untuk melaksanakan cadangan bagi memansuhkan ruang maklumat mengenai bangsa, keturunan atau kaum dalam borang rasmi kerajaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata antara faktor dan keperluan yang masih perlu diambil kira ialah maklumat kaum dan agama seperti yang terkandung dalam cip MyKad masih dianggap perlu bagi tujuan perangkaan dan statistik.

"Memang pada amnya, kita boleh mengenalpasti kaum atau keturunan seseorang dari namanya, akan tetapi di kalangan beberapa kaum dan suku kaum yang tertentu di Sabah dan Sarawak, perbezaan antara mereka yang tidak begitu jelas akan menimbulkan kekeliruan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Lim Lip Eng (DAPSegambut) yang ingin tahu sama ada kerajaan serius untuk menghapuskan ruang maklumat mengenai kaum, agama dan status bumiputera dalam semua borang kerajaan dan bila ia akan dilaksanakan.

Liew berkata turut diambil kira ialah penggunaan dalam borang untuk program membasmi kemiskinan yang bertujuan untuk menyusun semula masyarakat. "Sebenarnya, negara maju seperti Australia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat memerlukan maklumat kaum dalam borang-borang tertentu untuk tujuan memantau keadaan kesaksamaan peluang," katanya.

Beliau berkata ia juga penting untuk tujuan penguatkuasaan dari segi undang-undang atau peraturan yang bersangkut dengan keperluan agama.

"Sememangnya gagasan 1Malaysia berlandaskan konsep dan komitmen terhadap perpaduan dalam kepelbagaian yang bermakna bahawa kepelbagaian etnik dan budaya yang unik perlu dihormati, dipelihara dan dihargai dalam usaha kita memupuk perpaduan.

"Untuk demikian, maklumat mengenai kaum dan agama boleh digunakan untuk menunjukkannya.

Oleh itu, maklumat mengenai kaum dengan sendirinya tidak memberi masalah kepada perpaduan. Yang menimbulkan masalah ialah sikap dan pendekatan "perkauman"," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan