Siasatan Kes Aduan Bekas Pensyarah USIM Ikut Prosedur - Menteri

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa aduan bekas pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengenai penetapan markah telah diteliti oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat berkata, dari penelitian tersebut didapati tindakan pentadbiran USIM terhadap kes tersebut bagaimanapun dapat dikendalikan secara teratur dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Penetapan markah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak sepatutnya berlaku kerana setiap jawapan bagi soalan peperiksaan perlu mengikut skema jawapan yang telah ditetapkan.

"Pemeriksa akan menilai jawapan berdasarkan skema jawapan dan seterusnya diperakukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa Fakulti dan juga Senat Universiti," katanya semasa menjawab soalan M. Manogaran (DAP-Telok Intan) yang ingin tahu sama ada aduan bekas pensyarah USIM itu telah diambil tindakan oleh pihak kementerian.

Khaled berkata, sistem peperiksaan di IPTA adalah mengikut garis panduan dan prosedur yang telah ditetapkan MS ISO 9001:2008.

Pada 10 September lepas, Yasmin Norhazleena Bahari Md. Noor, 35, yang mengajar jurusan Syariah dan Undang-Undang di USIM mendakwa beliau diminta pengurusan fakulti itu agar meluluskan markah 135 pelajarnya yang gagal dalam satu ujian semester.

Yasmin yang enggan berbuat demikian mendakwa bahawa dia telah dimarahi dan dilemparkan kata-kata kesat oleh seorang pegawai tinggi di universiti itu.

Yasmin kemudian melepaskan jawatannya sebagai pensyarah.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan