Selangor Berhak Tentukan Tarikh Pilihan Raya Umum Sendiri

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor boleh menentukan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) sendiri tanpa mengikut pilihan raya yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat mengikut Perlembagaan.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari berkata, sebagai ketua kerajaan iaitu menteri besar atau ketua menteri mempunyai hak menentukan sendiri tarikh itu.

"Memang itu undang-undangnya, menteri besar ada hak menentukan bila tarikhnya. Sebab dari segi undang-undang baik di peringkat Persekutuan atau negeri adalah merupakan satu proses yang bermula dengan permintaan dari ketua kerajaan kepada ketuanya, iaitu Sultan, Yang di-Pertuan Agong atau Yang Dipertua Negeri membubarkan dewan.

"Perkara ini tidak boleh dipertikai kerana Selangor di bawah kuasa Sultan dan bukan Yang di-Pertuan Agong, jika itu adalah permintaan ketua kerajaan negeri memang betul," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa negeri itu berhak untuk tidak menyertai PRU yang dijadualkan Kerajaan Pusat sebaliknya boleh menetapkan tarikh sendiri.

Abdul Aziz yang juga pemerhati politik berkata, situasi berkenaan belum pernah terjadi di negara ini kerana secara kebetulan sejak tahun 1959 PRU dijalankan secara serentak seluruh Semenanjung.

"PRU kebiasaannya dilakukan selepas pembubaran Dewan Rakyat dalam tempoh lima tahun dan kebetulan Dewan Undangan Negeri (DUN) turut bubar, jadi mereka memilih mengadakan PRU secara serentak, namun jika ada negeri yang tidak menyertainya itu tidak salah," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berpendapat ia bukan strategi yang taktikal dalam usaha Pakatan Rakyat (PR) mengekalkan kuasa mentadbir negeri di bawah pemerintahannya. "Strateginya mungkin tidak begitu sesuai dan tidak menguntungkan bagi PR sedangkan Barisan Nasional mempunyai kelebihan untuk menumpukan kekuatan pada negeri yang diperintah pembangkang jika mereka mengadakan pilihan raya berasingan," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Dr. Shad Saleem Faruqi berkata, tiada masalah jika Selangor berbuat demikian.

"Jika dilihat dari sudut perlembagaan tidak ada masalah bagi Selangor untuk mengadakan PRU mereka sendiri.

"Pekara ini telah diamalkan oleh kerajaan di Sabah dan Serawak dan ia termaktub dalam perlembagaan negeri Selangor," ujarnya.

Menurut Shad yang juga pakar perlembagaan, menteri besar mempunyai hak mempercepatkan pembubaran DUN namun ia perlu mengikut budi bicara Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah.

Dalam pada itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff dalam nada yang sama berkata, Abdul Khalid boleh berbuat demikian dengan perkenan Sultan.

"Beliau perlu mendapat perkenan, jika Sultan benarkan maka PRU boleh dijalankan dalam tempoh 60 hari selepas DUN dibubarkan," katanya yang juga penganalisis politik.

Tambah Mohammad Agus, terpulang kepada menteri besar untuk mengatur strategi politik mereka.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan