Saya Bangga Sertai Lotus F1 Racing, Kata Fairuz

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba kelahiran Malaysia, Mohamed Fairuz Mohamed Fauzy yang dipilih sebagai salah seorang daripada pemandu bagi pasukan dari Malaysia, Lotus F1 Racing, hari ini menyuarakan rasa bangga dapat menyertai pasukan itu.

Katanya walaupun terpilih sebagai pemandu ketiga (simpanan) beliau merasa amat bertuah dan bangga apabila terlibat secara langsung di dalam pasukan F1 pertama dari Malaysia.

"Memang menjadi impian setiap pemandu untuk menyertai pasukan F1 dan saya rasa bersyukur kerana berjaya mencapai impian yang diidamkan selama ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media pasukan itu hari ini.

Mohamed Fairuz, 27, berkata setelah dipilih menyertai pasukan itu, tugasnya kini adalah untuk berusaha bersungguh-sungguh dan bersedia bagi menghadapi cabaran sebagai seorang pelumba F1.

Menurutnya walaupun tidak dipilih sebagai pemandu utama, beliau merasa bertuah diberi peluang untuk mempelajari sesuatu daripada rakan sepasukan yang begitu berpengalaman dalam perlumbaan F1 iaitu Jorna Trulli dan Heikki Kovalainen. Mengenai peluangnya untuk menyertai perlumbaan utama pada salah satu daripada 19 pusingan tahun depan, Mohamed Fairuz berkata keputusan itu bergantung sepenuhnya kepada pihak pengurusan pasukan.

Pemandu kelahiran Kuala Lumpur itu memulakan kerjaya di dalam sukan permotoran pada usia 12 tahun dan pada 1995 ketika berusia 13 tahun beliau memenangi kejuaraan pertama di Formula TKM Race di Buckmore Park di England.

Bermula dari situ beliau terus mempamerkan peningkatan dengan menyertai beberapa pertandingan peringkat antarabangsa seperti British Renault Sport Winter Series, British Formula Renault Championship dan British Formula 3 Scholarship.

Beliau meneruskan kerjaya pada siri GP2 pada 2005 sebagai pelumba pertama Malaysia dan Asia tunggal di dalam kejuaraan itu, selain turut bertindak sebagai pelumba pasukan A1 Malaysia berpasangan dengan Alex Yoong.

Kerjayanya di dalam pasukan F1 bermula pada 2007 apabila beliau terpilih sebagai pemandu ujian dan simpanan team Spyker F1 selain pernah beraksi di dalam Renault World Series bagi pasukan Cram Competition. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan