Saluran Gas Masak Medan Selera Jusco Mall Melaka Meletup, Seorang Maut

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA:Seorang terbunuh manakala 16 lagi cedera apabila kebocoran pada saluran gas di Aeon Jusco Mall di sini menyebabkan satu letupan besar sehingga menjejaskan persiapan untuk pembukaan rasmi gedung membeli-belah itu Khamis ini.

Aeon Jusco Mall Melaka yang terletak di Jalan Lagenda, Bachang itu bakal menjadi gedung Jusco yang terbesar di Malaysia.

Dan persiapan untuk majlis pembukaannya rancak dijalankan dengan para pekerja dan penyewa sibuk menyiapkan lot/ruang kedai masing-masing apabila malapetak ini berlaku sejurus sebelum jam 1 petang tadi.

Letupan yang berlaku di bahagian medan selera aras bawah Jusco Mall itu sangat kuat sehingga meninggalkan lubang sedalam dua meter.

Kaca dan serpihan yang pecah dari letupan tersebut melayang sejauh 25 meter.

Ketika pihak bomba tiba, terdapat dua orang mangsa ditemui tertiarap di luar bangunan manakala lima mangsa diselamatkan dari runtuhan akibat letupan tersebut.

Bagaimanapun, pihak bomba menemui Tiau See Peing, 25, seorang penyelia Restoran Old Town White Coffee ditemui mati dengan kecederaan teruk pada leher dipercayai terkena serpihan yang terpelanting.

Timbalan Pengarah Operasi Bomba Negeri, R. Ezhumalai ketika ditemui berkata, letupan tersebut kemungkinan disebabkan oleh kebocoran pada saluran paip gas berdasarkan keterangan beberapa saksi yang mengadu terhidu sesuatu seperti bau gas sejurus sebelum letupan itu berlaku.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan