Rico Menang Piala Seri Endon 2009 Dengan Tema Republik Flora

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Juara Pertandingan Piala Seri Endon 2009, Rico Rinaldo Tono theme:republik flora, menerima Piala dan replika cek yang disampaikan oleh Raja Perempuan Perlis Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.- Foto THE STAR Oleh: SAMUEL ONG
Juara Pertandingan Piala Seri Endon 2009, Rico Rinaldo Tono theme:republik flora, menerima Piala dan replika cek yang disampaikan oleh Raja Perempuan Perlis Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.- Foto THE STAR Oleh: SAMUEL ONG

KUALA LUMPUR: Pertandingan Piala Seri Endon (PSE) 2009 yang memasuki tahun ketujuh meneruskan usaha memperjuangkan seni batik sebagai warisan Melayu di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Pertandingan inisiatif Allahyarhamah Tun Endon Mahmood yang ingin melihat batik Malaysia dimartabatkan hingga ke persada antarabangsa kini semakin dipandang tinggi terutamanya hasil karya pereka muda.

Bertemakan Republik Flora, Rico Rinaldi Tono, 23, berjaya merangkul tempat pertama dalam anugerah rekaan batik berprestij ini yang berlangsung di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen KLCC semalam.

Rico, anak kelahiran Selangor berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi manakala pemenang tempat kedua, Kumpulan Srikandi yang dianggotai Asmida Che Aripin, Wan Rosmawati Wan Ibrahim dan Fazlina Mohamad membawa pulang wang tunai RM10,000.

Sementara itu, Mohd Arefen Zaidin mempertaruhkan tema The Blooming Camellia berjaya menduduki tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM5,000.

PSE yang telah dimulakan sejak 2003 itu ternyata berjaya memartabatkan industri batik pada persada fesyen, sekali gus menjadikan penyertaan bertambah dan persaingan semakin mencabar dari tahun ke tahun.

Rico yang tidak menjangka kemenangan tersebut mengakui PSE merupakan platfom terbaik bagi pereka muda untuk mula dikenali dipersada fesyen tanah air.

"Saya tidak menjangkakan kemenangan kerana ini kali pertama saya memasuki pertandingan ini dan kebanyakan finalis yang bersaing mempunyai lebih banyak pengalaman dari saya.

"Sejak dari tahun 2006, saya sudah berhasrat untuk menyertai pertandingan ini namun tidak kesampaian kerana tidak membuat persiapan secukupnya.

"Oleh kerana saya kurang mahir dalam rekaan batik, saya terpaksa mendalami dan belajar banyak pekara tentang batik terlebih dahulu," ujarnya yang kini mengajar di Universiti Lim Kok Wing dalam bidang fesyen.

Menurutnya, kemenangan itu adalah kerana tema yang dibawakan bersesuaian iaitu Republic Flora, yang mana diilhamkan melalui pembacaannya terhadap wanita Vietnam yang menentang peperangan.

Rico berharap kemenangan ini membuka laluannya untuk terus berkarya dan mengembangkan seni batik warisan kebangsaan.

Bagi Srikandi, berjaya mendapat tempat kedua adalah satu kejayaan yang terbaik bagi mereka, tiga anak gadis dari Machang Kelantan ini telah memperjuangkan seni batik sejak beberapa tahun yang lalu.

"Ini merupakan kali pertama kami memasuki pertandingan besar seperti ini dan langsung tidak menyangka dapat tempat kedua.

"Kami akan terus memperjuangkan seni batik keperingkat yang lebih tinggi dan jika bukan golongan muda seperti kami memperjuangkannya siapa lagi," ujar Srikandi.

Sambil mengakui lebih suka melakukan penyelidikan sebelum memulakan penciptaan, mereka mengakui dalam kategori fesyen PSE pada tahun 2009 ini, mereka lebih menampilkan motif corak baru dengan kepelbagaian warna.

Sementara itu, Mohd Arefen Zaidin pemenang tempat ketiga mempunyai pendapat tersendiri tentang batik Malaysia, baginya corak batik warisan perlu digabungkan dengan corak-corak dari luar agar batik lebih mudah untuk diterima ke peringkat antarabangsa.

"Batik boleh pergi lebih jauh jika kita pandai untuk mengabungkannya kepada corak-corak yang lebih menarik," ujarnya yang masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang rekaan fesyen.

Seramai 12 finalis berentap dalam pentas kategori fesyen PSE yang bermula dari 11 hingga 13 Disember secara tidak langsung menyaksikan bahawa pertandingan ini bukan sahaja berjaya melahirkan pereka berbakat dan kreatif malahan berjaya mencatatkan kejayaan peribadi pereka-pereka generasi baru.

Hadiah disampaikan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan turut hadir Pengerusi Budi Penyayang Malaysia, Nori Abdullah dan suaminya, Khairy Jamaluddin.

Pertandingan anjuran Yayasan Budi Penyayang ini khusus bagi mencungkil dan menyediakan landasan untuk pereka batik tempatan menonjolkan kreativiti dan kebolehan masing-masing.

Pertandingan Piala Seri Endon 2009 ini turut ditaja oleh Star Publicatian, Royal Selangor, Berjaya Times Square dan Astro.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan