Polis Tunggu Laporan Kimia Untuk Lengkapkan Siasatan Kes Amuk

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis kini menunggu laporan kimia dan bedah siasat untuk melengkapkan siasatan kes insiden amuk di Guar Sanji, Perlis November lepas yang menyebabkan seorang pemuda mati ditembak polis.

Ketua Polis Kedah Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata hasil siasatan yang dilakukan oleh pasukan khas dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah itu akan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman setelah pihaknya memperoleh kedua-dua laporan itu.

"Penyiasatan yang dibuat oleh pihak polis sudah lengkap dan hanya menunggu laporan kimia dan bedah siasat sahaja sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman," katanya kepada pemberita selepas

Perhimpunan Bulanan dan Anugerah Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di IPK Kedah di sini hari ini.

Dalam kejadian 14 November lepas, Mohamad Taufik Noorzan, 21, yang mengamuk berhampiran pusat khidmat wakil rakyat Guar Sanji terkena satu das tembakan di dada ketika dikatakan cuba menyerang seorang anggota polis dengan pisau pemotong sayur.

Polis sebelum itu dilapor melepaskan tembakan amaran ke udara namun lelaki yang cuba dipujuk hampir sejam itu terus bertindak agresif menyebabkan satu das tembakan lagi dilepaskan. Tindakan polis yang melepaskan tembakan ke arah dada yang membawa kepada kematiannya dipertikai oleh beberapa pihak, dan keluarga mangsa membuat laporan polis.

Sehubungan itu, satu pasukan khas dari (IPK) Kedah ditubuh untuk menyiasat kejadian itu dari setiap aspek bertujuan memastikan tidak ada unsur berat sebelah dalam siasatan kes itu.

Sementara itu, Azizan berkata polis memperhebatkan 'Ops Lejang Bersepadu' di seluruh Kedah bagi membanteras kejadian jenayah di negeri itu, terutama jenayah ragut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan