Polis Kenal Pasti Lelaki Yang Letak Bungkusan Misteri di Kediaman Hakim

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis Kedah telah mengenalpasti siapakah lelaki yang telah mengirim sebuah bungkusan misteri ke kediaman rasmi Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Datuk Mohd Suffian Abdul Razak di Jalan Tengku Bendahara, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kedah, Timbalan Pesuruhjaya Polis Datuk Syed Ismail Syed Azizan memberitahu, ia adalah perbuatan seorang lelaki yang menghadapi masalah mental dalam lingkungan umur 30an.

"Pihak polis berjaya mengesan alamat lelaki ini berdasarkan foto dan alamat yang ditinggalkannya di dalam bungkusan tersebut," katanya dalam satu sidang akhbar di sini.

Katanya, berdasarkan siasatan pihak polis telah membuat kesimpulan bahawa lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang niat jahat dengan menghantar bungkusan itu ke kediaman hakim mahkamah tinggi.

“Pihak polis telah ke rumah suspek dan menyoal siasat ahli keluarganya dan mereka menunjukkan bukti yang suspek mempunyai rekod kesihatan mental,” kata Syed Ismail.

Kepada satu soalan, Syed Ismail berkata, polis tidak menahan lelaki itu kerana masalah kesihatan mental yang dialaminya.

Di samping gambar dan juga alamatnya yang diletakkan di dalam bungkusan tersebut, pihak polis turut menemui sebotol minyak wangi di dalam bungkusan tersebut.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan