PM Terima Peletakan Jawatan Sulaiman berkuat kuasa hari ini

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak bersetuju menerima peletakan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abd. Rahman Abd. Taib atas alasan peribadi, berkuat kuasa hari ini.

Najib berkata, beliau membuat keputusan itu setelah berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri.

"Walaupun demikian, Datuk Seri Sulaiman akan terus kekal sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan," menurut beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Sulaiman atas segala jasa dan sumbangan beliau selama menjawat jawatan itu.

Najib turut berharap dapat terus memberikan sumbangan menerusi kedudukan beliau sebagai wakil rakyat BN.

Sulaiman, 41, anak sulung kepada Abdul Taib dilantik ke jawatan berkenaan pada 19 Mac 2008 semasa era bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebaik sahaja Najib mengambil alih jawatan ketua kerajaan April lalu, kedudukan Sulaiman dikekalkan.

Sulaiman pertama kali bertanding dalam Pilihan Raya Umum tahun lalu memenangi kerusi Parlimen Kota Samarahan, Sarawak setelah menewaskan Hussain Abang Apok calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 11,411 undi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan