Orang Ramai Disaran Dapatkan Suntikan Vaksin Terbaru Setiap Tahun

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakar pengawasan sistem immunisasi Jabatan Perubatan Mikrobiologi dan Immunologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datin Dr Che Ilina Che Ishak menyarankan orang ramai sentiasa mendapatkan suntikan vaksin selsema bermusim formula baru setiap tahun.

Beliau berkata formula sesuatu vaksin akan sentiasa bertukar bergantung kepada virus baru yang merebak kerana antibodi lama tidak mampu lagi melawan virus baru yang melanda.

Virus terbaru yang dijangka melanda adalah gelombang kedua influenza A(H1N1) namun Dr Che Ilina berkata buat masa ini keadaan di Malaysia masih selamat dari serangan wabak itu.

"Sudah lebih satu bulan negara kita tidak menerima kes berkaitan virus H1N1, tapi sekarang ini musim bercuti, ramai pelancong yang datang jadi kita harus berjaga-jaga," katanya kepada pemberita pada bengkel vaksin H1N1 bersama media di sini hari ini.

Katanya walaupun kerajaan telah menempah 400,000 dos vaksin terbabit untuk diberi kepada kumpulan berisiko tinggi tetapi pihak swasta juga boleh mendapatkannya dengan bantuan kerajaan.

"Selain itu, kanak-kanak juga memerlukan vaksin ini kerana tahap immuniti mereka belum cukup matang. Kanak-kanak terbabit adalah dalam lingkungan umur selepas enam bulan sehingga lima tahun," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan