Murugiah Tidak Akan Lepaskan Jawatan Timbalan Menteri

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah tidak akan melepaskan jawatannya itu walaupun didesak untuk berbuat demikian dalam tempoh 14 hari oleh presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas.

Murugiah berkata, beliau tidak memperdulikan desakan tersebut walaupun tempoh itu berakhir pada hari ini kerana beliau tidak pernah menerima notis daripada Kayveas ataupun parti itu.

Menurutnya, desakan Kayveas dan penyokongnya itu yang dikaitkan dengan artikel perlembagaan parti tiada kena mengena dengan kerajaan persekutuan.

"Saya tidak akan letak jawatan dan tiada sebarang notis yang dikeluarkan terhadap saya berhubung perkara itu.

"Sehingga hari ini, saya masih lagi Presiden PPP dan akan tetap bersama PPP dulu, kini dan selamanya," katanya pada persidangan akhbar di sini semalam.

Beliau mendakwa tidak pernah membincangkan mengenai isu dalaman parti itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya menurut Murugiah, Perdana Menteri mahukan beliau meneruskan kerja-kerja yang sedia ada.

Murugiah turut mendesak Kayveas meletakkan jawatan kerana sepanjang tempoh tujuh tahun, presiden parti itu dakwanya gagal mengemukakan sebarang penyata kewangan dan rekod terkini parti selain gagal mengadakan perhimpunan agung parti setiap 12 bulan.

Katanya laporan polis yang dibuat Kayveas terhadap dirinya di Putrajaya semalam mengatakan beliau bukan lagi anggota PPP tidak seharusnya berlaku.

Murugiah menasihatkan Kayveas agar berhenti memesongkan rakyat dengan perbuatan seperti itu kerana beliau bukan budak kecil yang boleh diperkotak-katikkan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan