MIC Mahu Prosedur Pusat Tahanan Simpang Renggam Dikaji

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC meminta Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula prosedur dan operasi pusat tahanan Simpang Renggam di Johor berikutan keputusannya untuk tidak menutup pusat itu.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata kementerian itu juga perlu membuat kajian terperinci tentang kesan yang dialami penghuni pusat itu, khususnya mereka yang ditahan reman. "Biar kita buat kajian terperinci terlebih dulu dan lihat apa yang berlaku terhadap penghuninya, yang kebanyakan mereka dilanjutkan tempoh penahanan selepas dua tahun.

"Kementerian berkenaan tidak sepatutnya menolak begitu saja permohonan parti ini agar pusat tahanan itu ditutup, semata-mata kerana ada pihak menganggap MIC bersikap perkauman," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek pinjaman perniagaan Tekun kepada 109 penerimanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kementerian itu tidak akan melayan sebarang permintaan agar kerajaan menutup pusat berkenaan kerana mereka yang ditahan di pusat itu terdiri daripada mereka yang melanggar undang-undang.

Samy Vellu berkata beliau pernah melawat pusat tahanan itu pada 2007 semasa menjadi Menteri Kerja Raya dan melihat penghuninya mengalami "keadaan yang tidak sepatutnya" mereka alami. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan