Kerjasama Ahli Akademik Seluruh Dunia Bantu Kembangkan Ilmu

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG:Kerjasama dan kesepakatan antara ahli akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh dunia mampu memantapkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan secara berterusan.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata dengan adanya kerjasama antara ahli akademik ini, ia juga dilihat mampu menyelesaikan masalah dan isu melibatkan pendidikan di peringkat tinggi.

"Untuk perkembangan ilmu yang konsisten perlu ada kerjasama antara ahli akademik khususnya dari aspek pembangunan dan penyelidikan (R&D), mereka tidak digalakkan hanya bergerak dalam komuniti setempat sahaja," katanya kepada pemberita selepas berucap pada persidangan antarabangsa pengajian tinggi 2009 di sini hari ini.

Persidangan sehari itu anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) disertai oleh 213 peserta dari 32 negara.

Selain itu Mohd Khaled berkata kementeriannya turut memberi tumpuan kepada pusat-pusat kecemerlangan yang terdapat di setiap IPT dan usaha juga sedang dijalankan untuk memantapkannya.

Katanya, setiap pusat kecemerlangan yang ada mempunyai peranan masing-masing dalam usaha melonjakkan nama IPT di peringkat anatarabangsa.

"Setiap pusat kecemerlangan yang ada, juga harus bersedia untuk menghadapi segala cabaran khususnya dalam bidang pendidikan yang sentiasa berkembang," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan