Kerajaan Tidak Tentukan Kadar Caj Perkhidmatan Astro

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menentukan kadar caj perkhidmatan yang dikenakan terhadap pelanggan bagi perkhidmatan siaran berbayar seperti Astro, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum.

Beliau berkata perkhidmatan siaran berbayar bukanlah satu perkhidmatan komunikasi asas dan dilanggan oleh mereka yang mahukan lebih banyak pilihan siaran.

"Pada masa ini, caj langganan minimum perkhidmatan Astro berada di tahap kompetitif berbanding negara-negara serantau iaitu RM37.95 bagi pakej asas merangkumi 26 saluran pelbagai bahasa dan genre.

"Adalah menjadi resam kebanyakan pemberi perkhidmatan siaran berbayar di dunia untuk memberi pakej saluran-saluran dan komposisi pakej yang ditawarkan pula adalah berdasarkan permintaan pelanggan berdasarkan hasil kajian pasaran yang dilaksanakan," katanya menjawab soalan Mohd Nor Othman (BNHulu Terengganu) di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Anggota Parlimen itu minta kementerian menyatakan langkah yang diambil bagi mengurangkan monopoli stesen TV swasta dalam penyiaran negara dan tindakan kementerian memantau bayaran pakej pihak terbabit yang membebankan pengguna.

Salang berkata melalui pakej saluran yang ditawarkan, ia juga dilihat bertujuan memastikan pelanggan dapat menikmati kepelbagaian saluran pada kadar caj yang paling optimum atau mampu milik.

Selain itu, sekiranya pemilihan perkhidmatan dibuat mengikut saluran dan bukannya pakej, berkemungkinan kadar caj yang perlu dibayar oleh pelanggan bagi setiap saluran akan meningkat, katanya.

Beliau berkata pada masa ini, pakej perkhidmatan Astro tertumpu kepada beberapa kriteria seperti bahasa dan genre dengan 13 pakej pilihan berharga dari RM37.95 hingga RM179.75, saluran perkhidmatan bayar ikut tontonan dan tiga pakej saluran premium.

Menjawab soalan tambahan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKRBalik Pulau) yang ingin tahu sama ada kementerian melaksanakan dasar arahan dan pengawalan terhadap penggiat seni, katanya kementerian tidak melaksanakan dasar sedemikian.

"Saya tidak bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat. Kita tidak ada kekangan atau kawalan pada kreativiti seseorang penggiat seni. Mereka ini sangat dialu-alukan.

Kementerian sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya kreativiti ini digalakkan dan disuburkan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan