Accenture PLC Firma Pertama Tarik Penajaan Tiger Woods

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JACKSONVILLE (AS): Firma perunding antarabangsa, Accenture PLC hari ini mengumumkan keputusan untuk menamatkan penajaannya ke atas Tiger Woods, - menjadikannya sebagai firma pertama berbuat demikian sejak skandal seks pemain sukan terkaya di dunia itu terbongkar dua minggu lalu.

Tiger kini mengambil keputusan untuk berhenti menyertai sebarang pertandingan golf termasuk siri jelajah PGA sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Beliau berbuat demikian untuk menumpukan perhatian bagi menyelamatkan rumah tangganya yang sedang goyah sekarang.

Accenture dalam satu kenyataannya menjelaskan pemain golf itu kini “bukan lagi tokoh yang sesuai” untuk menjadi ikon firma secara global.

Keputusan itu menamatkan kerjasama selama enam tahun yang memperlihatkan Accenture mempromosikan kata-kata “Go on, be a Tiger” sebagai sebahagian daripada kempen imej globalnya.

Accenture menjalinkan kerjasama dengan Tiger Wood untuk mempromosikan imej integriti dan prestasi berdaya tinggi.

Firma pengiklanan Young & Rubicam, yang bertindak sebagai agensi yang mengendalikan pengiklanan Tiger Woods untuk Accenture enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penamatan kontrak tersebut.

Sementara itu, Presiden firma pengurusan krisis Jonathan Bernstein, dari Bernstein Crisis Management berkata, satu-satunya risiko yang terpaksa diambil oleh mana-mana syarikat yang mengikat kerjasama pengiklanan dengan selebriti ialah mereka tidak mampu untuk mengawal kesan yang akan ditinggalkan akibat daripada tindak tanduk selebriti itu sendiri.

Dan dalam kes Accenture, kempen pengiklanan yang firma itu jalankan adalah dibina berasaskan imej dan juga populariti Tiger Woods dan juga kejayaannya, dengan mengambarkan kebolehan yang luar biasa di padang golf.

Menurut Rick Burton, seorang profesor sukan dari Universiti Syracuse, Accenture masih boleh bertahan lagi seandainya Tiger Woods mengaku yang ia telah melakukan satu kesilapan dan akan kembali ke padang golf dalam tempoh sebulan tetapi hakikatnya itu tidak berlaku malah Tiger Woods mengumumkan yang dia akan menarik diri dari sebarang pertandingan sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Bagi Burton, itu yang menjadi punca penarikan diri Accenture iaitu ketidakpastian Tiger Woods sedangkan iklan Tiger tidak akan membawa apa-apa makna tanpa pemain itu berada di padang golf.

Dalam pada itu, agen Tiger, Mark Steinberg dari IMG Worldwide dalam satu kenyataan menyatakan rasa kesalnya di atas keputusan Accenture untuk menarik diri daripada terus menaja Tiger Woods tetapi bagaimanapun menghormati keputusan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan