1,770 Rakyat Asing Pohon Kerakyatan Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 11,770 rakyat asing memohon status kerakyatan di negara ini dalam tempoh lima tahun lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata dari tahun 2005 hingga September 2009, permohonan yang diditerima termasuk 3,405 rakyat Indonesia, Kemboja (1,115), China (501), India (494), Filipina (461), Thailand (392) dan lain-lain (4,547).

"Permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia yang dibuat oleh rakyat asing ini adalah berdasarkan kepada peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 15(1), 15(2), 15A dan Perkara 19(1).

"Permohonan-permohonan ini tidak bermakna semuanya akan diluluskan dengan sewenangnya, sebaliknya pemohon perlu memenuhi pelbagai kriteria yang ditetapkan dan telah melalui pelbagai peringkat tapisan," katanya.

Beliau berkata hanya pemohon yang benar-benar layak akan dianugerah taraf warganegara Malaysia. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BNKuala Nerus) mengenai perkara itu.

Abu Seman berkata antara kriteria yang ditetapkan ialah berkelakuan baik dan tidak melanggar undang-undang negara, mempunyai pengetahuan yang memadai dalam Bahasa Melayu, serta menumpahkan taat setia kepada negara.

Dalam keadaan-keadaan tertentu, katanya, kepakaran dan sumbangan pemohon yang boleh memberi manfaat kepada negara dan rakyat Malaysia, akan diambil kira.

"Selain itu, kajian juga dijalankan oleh Kementerian ini untuk menentukan sama ada pemohon mempunyai pertalian kekeluargaan atau akar umbi di negara ini sebelum sesuatu permohonan itu diputuskan," katanya.

Abu Seman berkata Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan Piagam Pelanggan iaitu kes-kes yang diterima akan diselesaikan dalam tempoh tiga tahun.

Mana-mana rakyat asing yang mengahwini rakyat Malaysia layak memohon kerakyatan selepas bermastautin di negara ini selama dua tahun di bawah Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan, katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan