Trend Penggunaan Dadah Sintetik Masih Tinggi

Diterbitkan: Ahad, 13 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Trend penggunaan dadah sintetik dalam penagihan dadah di negara ini masih tinggi walaupun pelbagai usaha dijalankan bagi membanteras gejala itu, kata Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Abd Bakir Zin.

Beliau berkata perkara itu berlaku kerana kebanyakan golongan muda kini lebih gemar mengambil dadah sintetik sebagai jalan mudah untuk 'bersuka-suka' berbanding dadah jenis lain.

"Kegiatan mereka ini sering dikaitkan dengan peningkatan kadar jenayah di negara ini memandangkan kebanyakan mereka adalah penganggur. Kami tetap akan memantau (kegiatan penagihan dadah) secara berterusan dengan mengadakan program komuniti," katanya kepada pemberita sebelum menutup dan menyampaikan hadiah sukan tahunan agensi itu di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga kini AADK telah mendaftar seramai 12,000 penagih dadah baru manakala 41,000 lagi penagih sedang menerima pelbagai rawatan termasuk 7,000 penagih yang ditempatkan di pusat pemulihan (Puspem) manakala 34,000 lagi berada dalam pengawasan AADK dan polis," katanya. "Daripada 34,000 itu 6,000 tidak bekerja dan selebihnya adalah mereka yang mempunyai pekerjaan sama ada bekerja sendiri, penjawat awam atau swasta," katanya.

Abd Bakir berkata setiap minggu AADK negeri akan menjalankan operasi bersepadu untuk memastikan penagih dadah yang tidak berdaftar akan diambil tindakan undang-undang dan diberi rawatan. Beliau berkata operasi itu membabitkan

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Selain itu, pihaknya turut merancang mengadakan program khidmat masyarakat sebulan sekali di setiap daerah bermula Januari depan bagi memudahkan masyarakat mengenali pegawai AADK di tempat mereka supaya kegiatan jenayah dapat dielak.

Abd Bakir juga menegaskan AADK sentiasa bekerjasama dengan semua jabatan di Kementerian Dalam Negeri, jabatan kerajaan dan NGO berkaitan penagih dadah termasuk Pengasih dan Pendamai dalam usaha untuk membanteras dadah.

"Tidak timbul tuduhan yang mengatakan AADK tidak beri kerjasama seperti yang didakwa barubaru ini," katanya.

Sukan tahunan kali kedua itu berlangsung selama empat hari berakhir hari ini membabitkan penglibatan seramai 1,300 orang dari semua kontijen AADK negeri di seluruh negara termasuk AADK Ibu pejabat Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan