Penternak Dinasihat Tidak Ternak Ikan Di Musim Tengkujuh

Diterbitkan: Ahad, 13 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Penternak ikan sangkar di Terengganu dinasihati agar menghindari daripada melakukan kegiatan pembenihan dan penternakan ikan pada musim tengkujuh untuk mengelakkan mereka menanggung kerugian yang besar.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri Munir Mohd Nawi berkata jabatan itu menerima beberapa laporan berhubung kejadian ikan mati semasa musim banjir baru-baru ini, termasuk kejadian di Laguna Gong Batu Besut yang mengakibatkan kerugian hampir mencecah RM1 juta.

"Pada musim banjir segala air dari ladang kelapa sawit, kilang yang membawa segala kekotoran dan sebagainya masuk ke dalam sungai, menyebabkan pencemaran air berlaku.

"Berkemungkinan juga air tersebut mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan ternakan ikan dalam sangkar, menyebabkan ikan mati," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Munir berkata musim banjir juga menyebabkan ikan-ikan dalam sangkar terlepas sebagaimana yang terjadi ke atas penternak-penternak ikan siakap di Sungai Marang dalam banjir lepas.

Sementara itu, Persatuan Nelayan Negeri Terengganu berjaya memperoleh kira-kira RM500,000 hasil ternakan udang dalam kolam di Kampung Fikri, Setiu tahun ini.

Pengerusinya Tuan Kecik Husin berkata persatuan itu mengeluarkan kira-kira 117 tan metrik udang dari 15 buah kolam yang diusahakan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan