Malaysia Anggotai Kumpulan Pemerhati Pilihan Raya Parlimen Uzbekistan - Berita Semasa | mStar

Malaysia Anggotai Kumpulan Pemerhati Pilihan Raya Parlimen Uzbekistan

Diterbitkan: Ahad, 13 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sekumpulan pemerhati empat anggota dari Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dipilih sebagai pemerhati pilihan raya parlimen Uzbekistan pada 27 Disember ini.

Keempat-empat wakil dari Malaysia itu akan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Pemerhati Antarabangsa yang akan ditugaskan di seluruh republik berkenaan bagi memantau perjalanan dan keputusan pilihan raya untuk menentukan sama ada proses itu bebas atau adil.

Tiga lagi anggota kumpulan berkenaan terdiri daripada Bendahari Kehormat Asean Law Association of Malaysia, S.Radhakrishnan, Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Datuk Moehamad Izat Emir serta peguam kanan, Kamarudin Ahmad.

Wakil dari Malaysia itu dijemput oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Uzbekistan, M. Abdusalomov, sebagai pemerhati antarabangsa ketika proses pengundian berlangsung di Uzbekistan, republik yang mempunyai penduduk paling padat di Asia Tengah.

"Kira-kira 200 pemerhati antarabangsa dari lebih 40 negara termasuk Kesatuan Eropah juga dijangka menghadiri dan memantau perjalanan pilihan raya parlimen Uzbekistan. Pemerhati antarabangsa dijemput memantau pilihan raya itu bagi memastikan ketelusan," kata Radhakrishnan kepada Bernama. Beliau berkata delegasi dari Malaysia itu dijangka berlepas ke Tashkent, Uzbekistan pada 22 Disember.

Radhakrishnan sebelum ini diberi penghormatan untuk menjadi wakil tunggal dari Malaysia yang dijemput sebagai pakar antarabangsa dalam Persidangan Antarabangsa Mengenai Pilihan Raya Uzbekistan yang diadakan Julai lepas di Tashkent.

Uzbekistan, sebuah negara seluas 447,400km persegi dengan 85 peratus penduduknya beragama Islam, berkongsi sempadan dengan Kazakhstan di barat dan utara, Kyrgyzstan dan Tajikistan di timur serta Afghanistan dan Turkmenistan di selatan.

Republik itu memperoleh kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet pada 1991 dan mempunyai penduduk berjumlah 27 juta. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan