Karpal Harap Dia Akan Dapat Sijil Kuasa Untuk Dakwa Lingam Sebelum Hujung Bulan

Diterbitkan: Ahad, 13 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP dan peguam veteran, Karpal Singh hari ini berkata, beliau mengharapkan peguam negara akan mengeluarkan sijil fiat (yang berupa sijil kuasa) sebelum hujung tahun ini bagi memberi kuasa kepadanya untuk mendakwa Datuk V.K. Lingam atas pertuduhan cuba melobi pelantikan hakim-hakim.

Karpal, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor menambah, sejak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar mana-mana peguam supaya menggunakan hak yang mereka ada untuk mendakwa Lingam, masa telah berlalu lebih sebulan tanpa ada apa-apa kebenaran diberikan oleh pejabat peguam negara untuk beliau berbuat demikian.

Selepas Nazri membuat tawaran itu, hanya Karpal yang tampil ke hadapan menyahut cabaran tersebut.

"Dia (Nazri) yang membuat cabaran itu dan selepas saya menyahut cabarannya, dia bertukar nada dengan berkata, dia perlu menyakinkan peguam negara untuk memberi sijil kuasa kepada saya untuk berbuat demikian," kata Karpal dalam satu sidang akhbar yang dipanggilnya untuk bercakap tentang hal ini, Ahad.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan