Bilangan Guru Agama Untuk Saudara Baru Akan Ditambah - Berita Semasa | mStar

Bilangan Guru Agama Untuk Saudara Baru Akan Ditambah

Diterbitkan: Ahad, 13 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bilangan guru agama untuk mengajar kelas pengajian agama bagi saudara muslim (saudara baru) di Wilayah Persekutuan akan ditambah ekoran peningkatan jumlah saudara baru tahun ini berbanding tahun lepas.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali berkata sejak Januari sehingga kini, seramai 915 saudara baru didaftarkan di Wilayah Persekutuan berbanding 597 orang sepanjang tahun lepas.

Justeru, katanya jumlah tenaga pengajar agama bagi saudara baru akan ditambah manakala status jawatan itu pula akan dinaik taraf daripada bersifat sukarelawan dengan dibayar elaun RM750 sebulan kepada jawatan bertaraf kontrak gred S17 bermula tahun depan.

"Kita juga berharap dengan status baru itu lebih ramai tenaga muda akan tampil untuk berkhidmat sebagai pendakwah memandangkan mereka mempunyai pendekatan yang lebih kreatif tetapi harus diberikan peluang untuk menimba pengalaman," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pada masa ini hanya ada empat tenaga pengajar bagi saudara baru di Wilayah persekutuan dan bilangan ini akan ditambah menjadi 14 orang iaitu lapan orang di Kuala Lumpur, empat di Labuan dan dua di Putrajaya. Terdahulu ketika hadir pada majlis Hari Keluarga Saudara Muslim di sini, Che Mat memberi jaminan bahawa pihaknya akan memastikan kebajikan saudara baru akan sentiasa terbela, ini termasuk menerusi pemberian wang insentif khusus sebanyak RM1,500 seorang.

"Pemberian insentif yang dimulakan sejak tahun lepas melibatkan tiga kategori iaitu bagi 18 tahun ke atas sebanyak RM1,500, tujuh tahun hingga 17 tahun RM1,000 dan enam tahun ke bawah sebanyak RM500," katanya.

Beliau berkata pemberian insentif itu sekurang-kurangnya dapat menjadi perangsang untuk mereka terus mendekati dan menyayangi agama Islam. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan