Bapa Mertua Dan Menantu Mati Lemas Di Rantau Abang

Diterbitkan: Ahad, 13 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Percutian tujuh sekeluarga dari Johor di Terengganu bertukar tragedi apabila seorang lelaki dan menantunya mati lemas ketika mandi di pantai Rantau Abang, Dungun hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi semasa Elias Ismail, 54, dan menantunya Badrisham Abd Majid, 29, serta anggota keluarga lain sedang mandi laut.

Beliau berkata Badrisham lemas akibat dipukul ombak dan bapa mertuanya cuba menyelamatkan mangsa namun gagal dan akhirnya kedua-duanya lemas.

"Gerakan mencari kedua-dua mangsa dilancarkan serta-merta dan akhirnya pekerja chalet tempat mangsa tinggal semasa bercuti berjaya membawa kedua-dua mangsa ke pantai," katanya.

Elias yang beralamat di Batu Pahat Johor dan Badrisham dari Subang Jaya Selangor bercuti bersama tiga lagi anggota keluarga mereka di Merantau Inn, Rantau Abang, Dungun.

Dahlan berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat dan akan dibawa balik ke Batu Pahat hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati semasa mandi laut di pantai Terengganu memandangkan ombak musim tengkujuh masih belum reda. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan