Warga Emas Ditemui Mati Dengan Kepala Berlumuran Darah

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas ditemui mati dengan kesan luka di belakang kepala di kaki lima sebuah kedai elektronik di Jalan Pudu di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata Soo Jin Fat, 76, ditemui terbaring dengan kepala berlumuran darah di atas bantal di kaki lima itu, yang dijadikan tempat tidurnya, bersama-sama pasportnya yang sudah tamat tempoh oleh orang awam berhampiran kawasan itu pada kira-kira 7 pagi.

"Mayat mangsa yang lengkap berpakaian singlet dan berseluar jeans itu ditemui berlumuran darah dan dipercayai mati sejak beberapa jam lepas," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa dipukul menggunakan kayu kerana sebatang kayu ditemui di tempat tidurnya itu.

Zulkarnain berkata siasatan awal polis mendapati dompet mangsa tiada bersamanya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat Soo dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Sementara itu, seorang tukang cuci di sebuah pasar raya berdekatan, yang mahu dikenali sebagai "Kakak", 45, berkata mangsa yang mesra dengan panggilan 'Uncle' itu selalu merayau-rayau di kawasan berkenaan dan menjadikan kawasan kaki lima itu sebagai tempat tidurnya.

"Saya sudah dua tahun kenal Uncle, selalu bersembang dengannya. Dia baik dan tidak pernah kacau orang malah saya tahu dia mempunyai seorang isteri yang sentiasa menghantar makanan kepadanya," katanya.

Wanita berkenaan berkata beliau berasa terkejut dan sedih kejadian yang menimpa mangsa.

"Kali terakhir saya jumpa dia pada Khamis lepas," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan