Usaha Bangunkan Lapangan Minyak Di Iraq Baik Untuk Petronas

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima cenderahati daripada Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr Nordin Kardi selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Alumni UUM sempena Jubli Perak di sebuah hotel di sini, hari ini. Ketika mengadakan sidang akhbar beliau berkata hak membangunkan lapangan minyak yang diperolehi oleh Petronas di Iraq adalah sesuatu perkembangan yang baik. -Foto BERNAMA.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima cenderahati daripada Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr Nordin Kardi selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Alumni UUM sempena Jubli Perak di sebuah hotel di sini, hari ini. Ketika mengadakan sidang akhbar beliau berkata hak membangunkan lapangan minyak yang diperolehi oleh Petronas di Iraq adalah sesuatu perkembangan yang baik. -Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kejayaan Petronas mendapatkan hak membangunkan lapangan minyak di Iraq sebagai suatu perkembangan yang baik.

Menurutnya, syarikat petroleum kebangsaan itu harus meneruskan kerja-kerja membangunkan lapangan minyak di negara Asia Barat itu bersama-sama dengan Shell.

"Kalau ada dia (Petronas) dapat konsesi (hak untuk membangukan lapangan minyak), itu baik dan Petronas harus meneruskan (pembangunan lapangan minyak itu) bersama-sama dengan Shell...," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) di Hotel Seri Pacific di sini pada Sabtu.

Semalam, Syarikat minyak terbesar Eropah, Royal Dutch Shell dan Petronas memperoleh hak untuk membangunkan satu daripada lapangan minyak terbesar yang masih belum diterokai di Iraq, ketika negara itu mengadakan bidaan kedua kontrak minyak sejak penaklukan Amerika Syarikat pada 2003.

Difahamkan, Shell mempunyai 60 peratus kepentingan di dalam konsortium itu manakala Petronas memegang baki kepentingan 40 peratus untuk membangunkan lapangan minyak Majnoon yang mempunyai rizab 12.6 bilion tong, menjadikannya sebagai satu lapangan minyak terbesar yang belum diterokai.

Sementara itu, syarikat minyak China, China National Petroleum Company (CNPC), Total dan Petronas pula memperoleh kontrak dalam bidaan kedua bagi lapangan Halfaya, di selatan Iraq, yang dianggarkan mempunyai rizab 4.1 bilion tong minyak.

Bagaimana pun, Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas itu menyatakan pendapat bahawa keadaan di Iraq itu masih belum stabil lagi.

Ditanya mengenai kepulangannya dari lawatan ke Timor Leste semalam, Dr Mahathir berkata, beliau dijemput kerana negara itu ingin mencari peluang pelaburan dari Malaysia.

"Saya juga untuk memberikan satu syarahan mengenai masa depan di Timor Leste," katanya.

Jelasnya, pelabur Malaysia tidak menunjukkan minat pada Timor Leste sebelum ini kerana tidak nampak banyak peluang di sana namun keadaan itu sudah berubah kerana negara bekas wilayah Indonesia itu merupakan negara pengeluar minyak dan gas pada ketika ini.

"Sekarang ini Timor Leste adalah pengeluar minyak dan gas. Ini mewujudkan peluang-peluang dalam bidang bekalan dan sebagainya.

"Oleh kerana ada pengeluaran minyak ini, sudah wujud peluang pelaburan dalam bidang bekalan dan sebagainya. Dengan itu, kita nampak sudah ada syarikat daripada Malaysia menunjukkan minat untuk melabur di Timor Leste," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata beliau tidak pernah terguris dengan kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menyifatkan beliau sebagai rasis berikutan pandangannya mengenai modul Kursus Biro Tatanegara (BTN) perlu dikekalkan.

"Saya tidak rasa apa pun…apa dia (Nazri) nak kata, itu hak dia. Saya cuma kata kalau dia (Nazri) rasa (apa yang saya kata) rasis patutnya dia jangan ada dalam Umno. Umno parti rasis, parti perkauman," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan balas Nazri yang enggan memohon maaf kepadanya kerana melabelkan bekas Perdana Menteri itu sebagai seorang yang rasis.

Isinin lalu, Nazri dalam kenyataan media di lobi Parlimen menyifatkan Mahathir bersifat 'amat perkauman' kerana mempertahankan BTN.

Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, kurikulum BTN akan dirombak bagi mencerminkan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Isu BTN memuncak apabila kerajaan Selangor pada bulan lalu, memutuskan melarang kakitangan dan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) milik penuh kerajaan negeri itu daripada mengikuti kursus atau program BTN berkuatkuasa serta-merta.

Arahan kerajaan Selangor itu dikeluarkan kerana program BTN didakwa sekadar sesi membasuh otak yang sengaja diolah Barisan Nasional (BN) untuk meracuni pemikiran peserta bagi membenci pembangkang selain dijadikan tempat memupuk semangat perkauman di kalangan peserta yang boleh memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Pada 2 Disember lalu, Pulau Pinang turut mengikut langkah Selangor melarang semua kakitangan kerajaan negeri mengikuti kursus BTN berkuat kuasa serta-merta.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan