Tiga Mati Terbakar Selepas Lori Tangki Rempuh Rumah Kampung

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Jelebu berusaha memadamkan kebakaran yang melibatkan sebuah lori tangki minyak terbabas dan meletup di sebuah rumah di Kampung Ulu Klawang di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku pada pukul 9 pagi tadi, menyebabkan tiga orang termasuk dua adik beradik berusia 7 dan 14 tahun rentung dalam tragedi ngeri itu. Mayat pertama iaitu pemandu lori terbabit ditemui pada pukul 10 pagi dan adik beradik itu ditemui dalam keadaan rentung di bawah timbunan batu kira-kira 20 minit kemudian.-Foto BERNAMA.
Anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Jelebu berusaha memadamkan kebakaran yang melibatkan sebuah lori tangki minyak terbabas dan meletup di sebuah rumah di Kampung Ulu Klawang di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku pada pukul 9 pagi tadi, menyebabkan tiga orang termasuk dua adik beradik berusia 7 dan 14 tahun rentung dalam tragedi ngeri itu. Mayat pertama iaitu pemandu lori terbabit ditemui pada pukul 10 pagi dan adik beradik itu ditemui dalam keadaan rentung di bawah timbunan batu kira-kira 20 minit kemudian.-Foto BERNAMA.

JELEBU: Tiga orang, termasuk dua beradik berusia 7 dan 14 tahun rentung dalam tragedi ngeri apabila sebuah lori tangki minyak meletup setelah terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Ulu Klawang hari ini.

Kemalangan pada 9 pagi itu berlaku ketika lori tangki yang dipandu oleh Shamsulkahar Bahudin, 36, dalam perjalanan dari Port Dickson untuk menghantar bekalan minyak di Kuala Klawang, menghadapi masalah brek di kilometer 13 ketika sedang menuruni jalan Seremban-Simpang Pertang di Bukit Tangga.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Setapa Yusoff berkata semasa melalui satu selekoh di kilometer 18, lori tangki itu merempuh sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang diletak di tepi jalan sebelum terbabas ke bawah dan merempuh sebuah rumah kampung yang didiami oleh seorang balu dan dua anaknya.

Lori itu terbalik lalu terbakar tetapi Shamsulkahar, yang berasal dari Melaka, sempat keluar dari kenderaan itu namun dia menghembuskan nafas terakhir di tepi rumah itu dengan kesan terbakar di bahagian pinggang ke bawah.

Sementara itu, Mohd Hafiz Hanapiah, 7 dan kakaknya, Anisah, 14, yang dipercayai sedang tidur semasa kejadian, tercampak akibat rempuhan kuat ke dinding bilik mereka.

Mayat Shamsulkahar ditemui pada 10 pagi manakala mayat Mohd Hafiz dan Anisah pula ditemui dalam keadaan rentung di bawah timbunan batu kira-kira 20 minit kemudian, kata Ketua Balai Bomba Jelebu Adzhar Che Onn.

Beliau berkata akibat kemalangan itu, lori terbabit meletup dua hingga tiga kali dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa satu jam setengah untuk memadamkan api.

Adzhar berkata ini merupakan kemalangan kedua yang membabitkan rumah yang sama kerana kira-kira lima bulan lepas, sebuah lori membawa kepingan getah terbabas lalu merempuh bahagian dapur rumah itu tetapi tiada sesiapa yang cedera.

Rumah milik Mariani Cembeng, 45, itu runtuh sepenuhnya tetapi menurut penduduk kampung, ketika kejadian, dia tiada di rumah kerana menghadiri kursus keusahawan di bandar Kuala Klawang.

Suami Mariani meninggal dunia dua tahun lepas. Dua lagi anaknya yang sudah dewasa tidak tinggal di situ. Seorang bekerja di Kuala Lumpur dan seorang lagi menuntut di sebuah politeknik dekat Port Dickson. Selepas kejadian, seorang lelaki berusia awal 20-an dipercayai salah seorang abang kepada adik beradik yang meninggal itu dilihat mengamuk dan terpaksa ditenteramkan oleh penduduk kampung serta rakannya yang lain.

Seorang jiran kepada keluarga malang itu, Azuman Abu Bakar, 35, memberitahu pemberita, dia sedang tidur di rumah apabila terdengar jeritan ibunya.

"Rumah Maria terbakar, rumah Maria terbakar," katanya.

Api naik setinggi pokok kelapa dan ada letupan menyebabkan orang kampung tidak dapat menghampiri rumah itu, kata Azuman. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan