Penduduk Bantah Pindah Kubur Hindu Di Kuala Ketil

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Lebih 300 penduduk termasuk waris kepada ahli keluarga mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan Hindu di Ladang Batu Pekaka, Kuala Ketil dekat sini membantah rancangan kerajaan negeri untuk memindahkan tanah perkuburan itu.

Mereka berkumpul di kawasan perkuburan itu seawal pukul 8.30 pagi tadi dan bersurai pada pukul 1.45 petang.

Seramai 20 anggota polis ditempatkan di kawasan berkenaan bagi mengawal keadaan sebelum penduduk bersurai tanpa berlaku insiden yang tidak diingini.

Difahamkan penduduk keturunan India itu membantah cadangan untuk memindahkan kawasan kubur berkenaan yang dikatakan sudah wujud di situ lebih 70 tahun lalu ekoran kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan Kolej Universiti Insaniah milik penuh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri dikatakan ada menawarkan kawasan baru yang juga berdekatan dengan kawasan perkuburan tersebut.

Penduduk mendakwa tanah perkuburan seluas kira-kira 0.8 hektar itu merupakan sumbangan pemilik ladang kepada pekerja-pekerja ladangnya.

Seorang penduduk yang sudah lama menetap di situ, T. Muthu, 62, dari Taman Batu Pekaka berkata cadangan pemindahan itu tidak mendapat kebenaran para waris kepada ahli keluarga yang telah meninggal dan jawatan kuasa tanah perkuburan tersebut.

"Kami sudah berjanji tidak akan membenarkan berlaku pemindahan selagi tidak mendapat sebarang keputusan daripada pihak berkuasa," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan