Majlis Perkahwinan Mohd Ariff Esok Bertukar Majlis Tahlil

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Keluarga Mohd Ariff Ab Kadir, pengantin baru yang terbunuh dalam kemalangan selepas diijabkabulkan, akan tetap mengadakan kenduri seperti yang dijadualkan esok, namun kenduri sempena majlis perkahwinan itu ditukar kepada majlis tahlil dan kenduri arwah.

Abang mangsa, Dr Mohd Hafiz, 26, bagaimanapun berkata, jumlah jemputan telah dikurangkan daripada 1,500 kepada kirakira 400 orang sahaja kerana beliau percaya ada tetamu yang telah mengatur perjalanan ke majlis yang akan berlangsung di Taman Melati Indah itu.

Bercakap kepada pemberita di kediaman mangsa hari ini, beliau berkata, adiknya yang berusia 23 tahun itu sempat menjadi suami kepada Teh Afifah Syahirah Abdul Hamid, 23 dalam tempoh tiga jam sahaja sebelum menemui ajal dalam perjalanan pulang dari majlis akad nikah di Masjid Intan Safinaz, Anak Bukit, Alor Setar semalam.

Dalam kejadian pukul 1.05 tengah hari semalam, Mohd Ariff terbunuh bersama ibu bapanya, Ab Kadir Awang, 53 dan Apsah Othman, 58 serta seorang jurugambar perkahwinan, Mohd Farhan Musa, 18 apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas di kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar.

Mohd Hafiz berkata, meskipun adiknya telah terbunuh namun wang hantaran perkahwinan bernilai RM12,000 akan tetap diserahkan kepada pihak pengantin perempuan dalam tempoh terdekat. Allahyarham Mohd Ariff dikatakan telah menjalin cinta dengan isterinya sejak mereka menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri, Perlis dan kemudian keduanya melanjutkan pengajian di luar negara dengan cinta yang semakin menebal sehingga membawa ke gerbang perkahwinan.

Mohd Ariff yang baru menamatkan pengajian di United Kingdom dijadual melaporkan diri sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau pada 16 Disember ini manakala Teh Afifah Syahirah, 23, sedang menuntut dalam bidang Sains Kimia di Auckland University, New Zealand, pulang bercuti untuk berkahwin.

Allahyarham juga dikatakan merancang berbulan madu di sebuah pulau peranginan dalam negara. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan