Liow Harap Masalah MCA Dapat Diselesai Segera

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERI KEMBANGAN: "Saya bersedia untuk letak jawatan bagi menyelesaikan masalah parti MCA," ulas ringkas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika ditanya mengenai perkembangan pemilihan semula parti itu.

Liow yang ditemui pihak media semasa melancarkan Forum Ekonomi Bioherba Global Ke-3 bertempat di Palace of Golden Horses di sini berkata, kesediaannya meletakkan jawatan diharap membuka ruang kepada ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA yang lain untuk melakukan perkara yang sama.

"Saya akan menghantar surat perletakan jawatan dan berharap ahli yang lain akan mengikut langkah saya," katanya.

Beliau pada masa yang sama meletakkan harapan supaya permasalahan dalaman parti dapat diselesaikan dengan segera bagi membolehkan tumpuan parti menjurus kepada kebajikan rakyat.

"Kami sedang berusaha menyelesaikan krisis parti. Ini adalah penting supaya parti dapat menumpukan perhatian kepada menyelesaikan masalah rakyat terutamanya kebajikan kaum cina di negara ini," kata Liow.

Berhubung mesyuarat Jawatankuasa Khas MCA semalam, Liow menyatakan masa yang lebih diperlukan untuk menyelesaikan isu-isu teknikal yang berkaitan dengan parti itu.

Malam tadi, bertempat disebuah hotel di Kuala Lumpur, satu mesyuarat Jawatankuasa Khas telah diadakan bagi membincangkan isu perundangan dan teknikal yang masih menjadi kemelut dalam parti itu.

Timbalan Presiden, Datuk Seri Chua Soi Lek dalam kenyataannya semalam memberitahu mereka memerlukan sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk menyelesaikan beberapa masalah dalaman parti itu.

Permasalahan itu termasuklah Pemuda dan Wanita MCA yang masih belum mendapat kata putus sama ada akan turut mengadakan pemilihan atau pun tidak.

Pada mesyuarat semalam juga, dipersetujui bahawa bilangan ahli jawatankuasa yang dipilih berjumlah 31, ini bermaksud dua pertiga iaitu 21 ahli perlu letak jawatan bagi membolehkan pemilihan parti diadakan.

Umun sebelum ini mengetahui 20 ahli jawatankuasa CC diperlukan meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan semula parti dilakukan.

Pada Isnin lalu, Dr Chua dalam kenyataannya 13 anggota CC termasuk beliau sendiri telah menyatakn kesanggupan untuk meletak jawatan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan