Lebih 11,000 Pesakit Sedang Menunggu Penderma Organ

Diterbitkan: Sabtu, 12 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kini lebih 11,000 pesakit di negara ini masih menunggu untuk mendapatkan organ dan jumlah ini adalah kritikal, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata daripada jumlah itu, kira-kira 11,000 adalah pesakit buah pinggang, 19 (hati), 8 (jantung), 12 (paruparu) dan dua pesakit (keduadua jantung dan hati).

"Kementerian ini sedang mencari mereka yang boleh menderma organ dan tisu untuk menyelamat pesakit yang sangat-sangat memerlukan organ," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Forum Ekonomi Bioherba Global Ke3 di sini hari ini.

Menurut Liow, seramai 26 orang telah tampil menderma kadaverik mereka, 82 (buah pinggang), empat (hati), 23 (kornea) dan 19 (jantung) di seluruh negara tahun ini sehingga semalam.

Katanya sejak kempen menderma organ dilancarkan pada 1997, terdapat 2,568 orang yang berjanji untuk menderma organ mereka dan jumlahnya mencecah 135,847 orang sehingga semalam. Liow juga berkata kerajaan kini sedang menumpukan kepada soal keselamatan dan keberkesanan produk herba ekoran ramai yang mengambil produk herba untuk menjaga kesihatan mereka.

"Pemantauan dilakukan bagi memastikan produk herba di pasaran adalah selamat dan memenuhi piawaian yang ditetapkan," katanya. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan